3 jam hujan lebat, Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar terbelah

3 jam hujan lebat, Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar terbelah

Hujan lebat berterusan lebih tiga jam, selain limpahan air sungai mengakibatkan Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar, Rembau, runtuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mohamad Najib Mustafa, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) menerima aduan jalan raya terputus dua itu pada 4 petang tadi.



Katanya, mereka bergegas ke lokasi kejadian bagi mengelak pengguna jalan raya melalui jalan terbabit.

“Pengguna jalan raya boleh melalui jalan alternatif iaitu Pulau Mampat dan keluar ke pekan Rembau susulan jalan terbabit buat masa ini tidak boleh dilalui.

“Malah, terdapat limpahan air di Sungai Batu Hampar, Sungai Ibor, Sungai Pedas, Sungai Batu dan Sungai Mampong.

“Bagaimanapun, keadaan ketika ini terkawal dan sehingga 6 petang tadi, tiada mangsa yang dipindahkan, namun kami memantau dari semasa ke semasa situasi banjir dan sungai di Kampung Sungai Ibor,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Mohamad Najib menasihatkan pengguna jalan raya berhati-hati dan menggunakan laluan yang selamat untuk ke destinasi.

Sementara itu, beberapa lokasi di daerah Seremban dan Port Dickson mengalami kejadian banjir kilat.

Antara kawasan yang dinaiki air terbabit termasuk di Mambau, Ampangan dan Jimah, di Port Dickson.

Malah, beberapa kejadian pokok tumbang turut berlaku di Labu dan Taman Bukit Chedang di sini hingga menyebabkan kesesakan jalan raya.



3 jam hujan lebat, Jalan Pulau Mampat-Seberang Batu Hampar terbelah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker