Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat



Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat

YAN: Penduduk di pekan Yan di sini,terjejas dalam kejadian banjir selepas hujan lebat pada pukul 4.30 petang tadi.

Kawasan pekan Yan mula dinaiki air pada pukul 6 petang selepas air di Sungai Yan melimpah apabila bertembung dengan air laut yang pasang malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba Fauzi Shuaib berkata, air mula memasuki rumah penduduk penduduk selepas hujan lebat lebih dua jam petang tadi.

Menurutnya, lebih 10 rumah di pekan Yan dan berdekatan Sungai Yan dimasuki air sedalam kira-kira satu meter dalam kejadian banjir kilat itu.




“Sebaik sahaja menerima laporan, kita menggerakkan anggota untuk memantau keadaan dan melakukan usaha menyelamat,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Seorang penduduk di Kampung Seberang Pekan Yan, Nadiroh Mat, 35, berkata, rumahnya yang terletak berdekatan sungai dimasuki air dengan pantas dan beberapa barangan mengalami kerosakan.

“Nasib baik ketika kejadian empat anak saya berada di dalam rumah dan mereka membantu mengangkat beberapa barangan semasa kejadian.

“Saya sekeluarga ketakutan apabila air dari Sungai Yan melimpah dan masuki dalam rumah selepas hujan lebat,” katanya. Utusan

Pekan Yan dilanda banjir selepas hujan lebat





Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang



Leave a Reply

Your email address will not be published.