Kerjasama politik peringkat persekutuan wajar selari dengan peringkat negeri

Sebaran :

Kerjasama politik peringkat persekutuan wajar selari dengan peringkat negeri

Menjawab pertanyaan beberapa media tentang pendirian saya mengenai PRN Melaka – pandangan peribadi saya, persefahaman dan kerjasama politik di peringkat Persekutuan wajar selari dengan Negeri memandangkan kini kita semua berada di dalam barisan Kabinet yang sama.

Kerjasama politik yang kukuh antara parti yang mempunyai aspirasi dan matlamat yang sama wajar menjadi pertimbangan utama Barisan Nasional khususnya dalam persiapan ke arah PRN Melaka.

Keputusan dan strategi politik Barisan Nasional untuk bekerjasama dengan parti yang mempunyai aliran pemikiran yang selari semasa Pilihanraya Negeri nanti harus dirunding dan dipertimbangkan secara serius demi menjamin kestabilan politik.



Saya juga berpendapat keputusan dan pertimbangan strategi politik Barisan Nasional di #PRNMelaka amat penting kerana ia akan terus diperhatikan oleh rakyat.

Hishammuddin Hussein


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang


Sebaran :

Leave a Reply