Encik Sajat masih rakyat Malaysia walaupun dapat PR Australia

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, masih lagi rakyat Malaysia walaupun dia mendapat status penduduk tetap (PR) di negara Australia.

Pensyarah Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Hisham Mohd Kamal berkata, Sajat masih lagi merupakan rakyat Malaysia walaupun sudah lari ke Australia.

“Orang yang mencari suaka politik di negara lain tak semestinya tidak sayangkan negara, mungkin jika undang-undang dan polisi negara asal bertukar, dia akan kembali semula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.



Tambahnya lagi, melainkan jika Sajat sudah sah mempunyai kerakyatan Australia dan jika perkara itu berlaku barulah kewarganegaraan dia sebagai rakyat Malaysia terlucut.

“Memohon suaka politik tidak bererti memohon kerakyatan, tetapi boleh jadi, seseorang memohon suaka politik dan pada masa yang sama memohon kerakyatan juga.

“Jika perkara itu berlaku Malaysia tidak mengiktiraf dwi kerakyatan. Seorang rakyat Malaysia yang mendapat kerakyatan negara lain akan kehilangan kerakyatan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Sajat telah berhijrah ke Australia dan telah pun ‘cerai’ talak tiga dengan Malaysia selepas dipercayai mendapat kelulusan ‘tiket’ kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). -K! ONLINE




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sajat punya hal, adik jadi mangsa



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker