Walaupun letak calon Melayu di Parlimen Ayer Hitam, DAP tetap DAP

AYER HITAM: Strategi DAP mencalonkan bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukanlah ancaman kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, BN dan parti itu mengalu-alukan kehadiran beliau dan mana-mana parti yang mahu meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi berkenaan.

Wee yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata, BN tidak gentar kerana yakin dengan calon yang diketengahkan berwibawa, berpengalaman dan bukannya “calon bidan terjun”.



“Itu cara mereka dan kita (BN) ada cara kita. Kita tidak selalu tukar calon, saya yakin pengundi di Ayer Hitam ini tahu parti mana yang membantu mereka ketika kesusahan, bukannya calon itu Melayu atau bukan.

“Apa pun, sesiapa saja yang datang, saya tidak boleh sekat. Ini kerana soal bertanding di Ayer Hitam saya serahkan kepada rakyat menilai siapa yang bersama mereka selama ini. Kehadiran kita bukan sebagai ‘bidan terjun’,” katanya selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM).

Tanpa mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi tersebut, Wee juga berkongsi pernah berdepan calon Melayu sebelum ini dan menjangkakan ada parti lain yang juga mahu meletakkan calon Melayu.

Wee merupakan penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal.



Pada PRU14, beliau menewaskan Liew Chin Tong daripada DAP dengan majoriti 303 undi.

Dua hari lepas, Pakatan Harapan menamakan Sheikh Umar, 37, yang juga ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan naib pengerusi DAP Johor sebagai calon kerusi Parlimen itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau

Ameera Khan Memang Fake?



Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker