Anjur parti liar, pengunjung dan premis pusat hiburan dikompaun RM56,000

Anjur parti liar, pengunjung dan premis pusat hiburan dikompaun RM56,000

Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM56,000 selepas menyerbu sebuah pusat hiburan yang dijadikan lokasi penganjuran parti liar di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, di ibu kota, malam semalam.

Serbuan dilakukan pada jam 10.50 malam turut menahan dua individu warga tempatan kerana disyaki bertindak sebagai penganjur dan penjaga premis tersebut.



Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, turut ditahan 33 pengunjung warga asing dari 21 negara.

Beliau berkata, ketika diserbu, polis mendapati pelanggan premis dalam keadaan mabuk serta bersesak hingga menyukarkan penjarakan sosial.

“Dalam operasi itu, seramai 88 pengunjung diperiksa termasuk 52 warga tempatan. Daripada jumlah itu, polis mengeluarkan kompaun ke atas 55 pengunjung dengan setiap seorang dikenakan sebanyak RM1,000.

“RM1,000 kompaun juga dikenakan terhadap premis tersebut. Kompaun itu dikeluarkan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP), Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB), Pelan Pemulihan Negara Fasa 4,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambahnya lagi, polis turut merampas beberapa barang dan mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 56 tahun.

“Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan rantaian Covid-19 diputuskan sepenuhnya.

“Mereka mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya. FMT



Anjur parti liar, pengunjung dan premis pusat hiburan dikompaun RM56,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?



Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker