68,437 peserta Felcra terima ‘duit raya’ RM182.7 juta – Zahid

68,437 peserta Felcra terima ‘duit raya’ RM182.7 juta – Zahid

Seramai 68,437 peserta Felcra Berhad di seluruh negara menerima agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182.7 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, berkata bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai hari ini sekali gus membantu meringankan beban mereka menyambut Aidilfitri.



“Kenapa kita umum di sini (jumlah keuntungan) Felcra terbesar di seluruh negara adalah di Negeri Sembilan. Mudah-mudahan keuntungan ini diperoleh bukan sahaja oleh Felcra.

“Insya-Allah selepas ini tunggu (pengumuman) Risda pula,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan di Simpang Pertang.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan dan Menteri Luar Zambry Abdul Kadir.

Ahmad Zahid yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata jumlah tersebut melibatkan 616 projek untung dan prestasi bayaran akhir itu dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum dikuatkuasakan kerajaan.



Beliau berkata, jumlah agihan keuntungan tahunan projek peserta Felcra Berhad 2022 juga meningkat kepada RM501,556,634 berbanding RM475,207,280 pada 2021 iaitu peningkatan 5.54% atau RM26,349,354.

Katanya, langkah berkenaan dapat membantu peserta melalui pelbagai program keusahawanan selain mampu memberi pendapatan sampingan lumayan kepada peserta.

Pada majlis tersebut, Zahid turut menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat tahfiz sekitar DUN Pertang sebanyak RM86,000 dan agihan duit raya kepada pelajar tahfiz. FMT

68,437 peserta Felcra terima ‘duit raya’ RM182.7 juta – Zahid



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker