Baju tidur seksi, Syatilla Melvin kena kecam


Baju tidur seksi, Syatilla Melvin kena kecam

Angkara memuatnaik sebuah video menayangkan baju tidur seksi di laman Instagram miliknya, pelakon wanita, Syatila Melvin telah mengundang kecaman dan kritikan netizen.

Syatila berkongsi hantaran tersebut bertujuan untuk memberi tips kepada pengikutnya mengenai kepentingan menjaga dan menarik minat para suami melalui penampilan namun ianya telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.


Perkongsian video di laman Instagram miliknya.

Menurut Syatilla, kadang rasa benda tu terlalu senang untuk difikirkan, tapi teramatlah besar kesannya kalau dibuat. “Isteri pastikan ada baju menarik untuk suami, tak perlu banyak, janji ada.

“Yang kaki makan jamu tu tak payah cakap lah, kompom (confirm) dh prepare(sedia) lama dah,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Terdapat juga netizen yang diilhat kurang senang dengan tindakan pelakon terbabit kerana ada yang mendakwa Syatilla seakan-akan tidak tahu menjaga aib sebagai seorang isteri dan sebagai umat islam.

Melihat karekter Syatilla yang periang, dia sendiri sudah peka dengan apa yang terjadi kerana baginya perkara seperti sering berlaku terhadapnya malah sudah lali dengan komen negatif dan cacian netizen.

“Saya tak mahu ulas mengenai perkara ini, Tila sekadar kongsi tip saja yang mana ada orang lain juga turut buat benda yang sama,biasalah kita sebagai public figure pasti pengikut akan nampak apa yang kita buatkan, bagi Tilla benda ini perkara biasa saja,” katanya.

Selain komen negatif yang dilemparkan, ada juga yang memberikan nasihat kepada pelakon ini agar sentiasa berwaspada dalam memuatnaik sebarang perkongsian yang boleh dijadikan bahan untuk mengumpat.

“Tak perlu kot tunjuk baju-baju mcm tu mmg elok si isteri ade baju mcm tu untuk tarik perhatian suami, goda suami sendri, tapi kalau tunjuk kat sini takut nanti jantan miang lain pulak dok bayangkan mcm mne sis pakai baju tu, nanti pikiran dorang merewang ke arah lain pulak, maaf ye sis, jangan marah ahh,” antara komen netizen di bahagian komen hantarannya.

Ditanya mengenai dunia lakonan pula, Syatilla tidak fokuskan ke arah bidang seni malah dia lebih tertumpu untuk bidang perniagaan buat masa ini.

“Bukan kata tak rindu,setiap pelakon pasti rindukan suasana penggambaran tetapi buat masa ini sukar untuk bahagikan masa,” katanya. Wc

Baju tidur seksi, Syatilla Melvin kena kecam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Video atas katil untuk promosi produk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker