Apung RON95: Najib Memang Tak Patut…

Kita agak “kecewa” dengan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak – melalui akaun Facebooknya dimana beliau menyindir pihak gomen kerana melaksanakan semula keputusan beliau dulu dalam soal mengapungkan harga RON95 bermula tahun depan.

Beliau sepatutnya berbangga kerana idea beliau digunakan semula oleh gomen hari ini yang juga pihak sama menyindir dan mengeji bila keputusan itu diambil beliau dulu.  Banggalah patutnya, dengan banyak manifesto sendiri pun tak laksanakan mereka, “manifesto” Najib pulak dia buat dulu.

Manifesto puak ni kata nak menstabilkan harga minyak (bukan mengapungkan), manifesto Najib yang nak meneruskan sistem mengapungkan harga minyak secara mingguan ni kan?

Kenapa nak sindir-sindir pulak Datuk Seri?



Nak tanya Najib, apa yang lebih baik dari menyaksikan pihak lawan menggunakan semula idea beliau?  Ini sama keadaannya melihat penyokong musuh menghirup ludah dan kahak sendiri tau.

Masih terngiang-ngiang di telinga ini akan kata-kata keji dan caci maki yang dilemparkan kepada Najib bila beliau membuat keputusan untuk mengapungkan RON95 pada tahun 2014.  Dan ia tidak berhenti begitu saja, asal setiap Rabu dan diumum harga minyak naik, kata-kata keji dan nista tadi kembali bergema.

Pernah 3 minggu turun, 1 minggu naik, puak-puak ini tetap maki, tak peduli.

Rafi Z yang dikatakan sebagai orang mula sekali mencadang agar harga minyak ditetap secara mingguan pada waktu itu pun, tidak berani mengambil kredit itu setelah ia dilaksanakan Najib, melihat kepada rancaknya orang memaki hamun di Facebook bila diumumkan harga minyak naik setiap Rabu.



Sekarang, dah depa guna balik idea itu, Najib seharusnya berbangga.  Ini boleh diumpamakan seperti laungan maha kuat yang berbunyi “Najib betul, Najib betul, kami copy, kami copy”, cuma tak terkeluar dari tekak saja.  Agak hairan penghargaan yang sebegini besar, dibalas dengan sindiran pula.

Najib patutnya lebih matang.



Related Articles

3 Comments

  1. Pelik? …idea itu kerajaan dia punya penyelesaian terbaik tetapi dihina oleh kerajaan sekarang…hak dia le nak bangga atau sindir …ada aku kisah… yang hancing satu badan sekarang nie adalah…..kahkahkah..

  2. semasa najib berkuasa dulu dia dihina dn dikeji..segala perancangan dia di perlekeh..dan apabila DSNR x da kuasa dan org yng selama ini menghina,memperlekehkan nya mengguna pakai idea nya..DSNR dikatakan tdk patut menyindir…dia hanya menyindir kot…sindiran itukan sinis bermaksud…klu sblm ini memperlekehkan idea org spttnya bwalah idea sendiri yg lbh baik…x salah menyindir utk peringatan kpd org yg menghina nya dulu

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker