Kerajaan sedia runding luar mahkamah isu KVDT2, kata Takiyuddin

Jemaah menteri bersetuju berunding di luar mahkamah dengan pihak syarikat yang membangunkan projek Fasa 2 Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2).

Kerajaan sedang menghadapi tiga tuntutan di mahkamah berhubung Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KDVT2), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tuntutan tersebut adalah berhubung keputusan Jemaah Menteri membatalkan kontrak yang diberikan kepada syarikat Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, keputusan pembatalan kontrak itu dibuat atas permohonan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan disokong ulasan Peguam Negara dari aspek perundangan.

“Dengan ulasan Peguam Negara, Jemaah Menteri terus buat keputusan seperti mana MOT pohon, untuk membatalkan kontrak ini.

“Akibat penamatan ini, suka saya maklumkan, pihak kerajaan telah mengalami tuntutan sivil di mahkamah.

“Ada tiga tuntutan sivil. Satu semakan kehakiman. Kedua, writ saman atas breach of contract atau damages claim dari pihak syarikat. Dan ketiga, permohonan injuksi yang diambil kerajaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Anthony Loke Siew Fook (PH-Seremban) minta Perdana Menteri menyatakan apakah ulasan daripada pihak Peguam Negara terhadap keputusan kerajaan membatalkan kontrak projek KVDT2 kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT dan implikasi perundangan yang bakal dihadapi.

Dalam soalan tambahan, Loke bertanya sekiranya kerajaan bersedia melakukan rundingan semula dengan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd memandangkan implikasi perundangan sangat besar, terutamanya dari jumlah kemungkinan pampasan yang terpaksa dibayar atas penamatan kontrak tersebut.

Takiyuddin berkata, kerajaan sentiasa mengambil pendirian untuk melakukan rundingan dengan pihak yang berkaitan.

“Dalam hal ini suka saya nak maklumkan, bukan saja dalam kes sivil ini, mana-mana kes yang dihadapi kerajaan, sikap kerajaan terbuka untuk sentiasa merunding apa-apa penyelesaian atau amicable settlement out of court.

“Sama dengan kes ini, Jumaat lepas dalam mesyuarat kabinet, Jemaah Menteri membuat keputusan supaya ada kesepakatan dirundingi antara syarikat ini dan MOT supaya ada win win situation dicapai,” katanya lagi.

Apa jadi kepada projek KVDT2?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker