Noh Omar kata tandatangan bukti kehadiran perjumpaan, bukan sokongan kepada PM

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen Umno tampil menafikan tandatangan mereka pada senarai yang ditunjukkan kepada media pada sidang media Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini tanda sokongan mereka kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, kata Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar, dan Ahli Parlimen Baling, Abd Azeez Abdul Rahim, berkata tandatangan itu sekadar untuk mengesahkan kehadiran pada perjumpaan itu.

Tidak lebih daripada itu, kata Noh pada satu sidang media tergempar.

Azeez pada sidang media berasingan menjelaskan beliau hanya menandatangani satu senarai sebagai tanda kehadirannya pada perjumpaan itu.

Tiada surat lain yang ditandatanganinya, kata beliau.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU



Sebaran :

Leave a Reply