Sidang media Ismail Sabri hanya sahkan Muhyiddin hilang majoriti

Sidang media Ismail Sabri hanya sahkan Muhyiddin hilang majoriti, kata penganalisis

Kalangan penganalisis bersetuju pengumuman Ismail Sabri Yaakob tengah hari tadi bahawa 31 daripada 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional terus menyokong pentadbiran Muhyiddin Yassin, mendedahkan Perdana Menteri tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Pengumuman Ismail yang juga Naib Presiden Umno, menunjukkan kerajaan pimpinan Muhyiddin kini hanya disokong 104 Ahli Parlimen, dengan 11 Ahli Parlimen BN tidak lagi menyokong beliau, kata mereka. Selebihnya (105) adalah Ahli Parlimen pembangkang.

“Saya fikir Ismail mahu membantu beliau (Muhyiddin), tetapi dengan sidang media ini, beliau secara terbuka dan rasmi menunjukkan…Muhyiddin kehilangan majoriti di Parlimen,” kata Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak bermakna pembangkang secara automatik boleh menubuhkan kerajaan kerana baki 11 Ahli Parlimen BN belum menjelaskan siapa calon Perdana Menteri mereka.

Oh juga berkata, secara teori, Agong boleh meminta Muhyiddin meletak jawatan, jika yakin Ahli Parlimen Pagoh itu sudah kehilangan majoriti sokongan di Dewan Rakyat.

“Agong boleh menggunakan kuasa baginda di bawah Perlembagaan untuk meminta Muhyiddin membuktikan sokongan majoritinya dengan kadar segera ataupun memintanya meletak jawatan,” kata beliau.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Seorang lagi pemerhati politik, Wong Chin Huat berkata Muhyiddin memerlukan sokongan tambahan 7 ahli Parlimen daripada pembangkang untuk memulihkan sokongan majoriti tipisnya.

Beliau berkata, kerajaan harus segera membuktikan majoritinya dan tidak membiarkan krisis sekarang berlanjutan.

Jeniri Amir dari Majlis Profesor Negara berkata, cubaan menunjukkan “kekuatan” di luar Parlimen adalah usaha sia-sia kerana apa yang penting ialah pendirian di Dewan Rakyat.

Beliau bersetuju jika boleh, sidang Parlimen diadakan segera, bukan September, untuk menentukan keabsahan Muhyiddin, namun akur pada masa ini usaha harus ditumpu kepada pengurusan krisis ekonomi dan kesihatan awam.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau tetap mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen dan akan membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada sidang Parlimen awal bulan depan. FMT

Sidang media Ismail Sabri hanya sahkan Muhyiddin hilang majoriti

Puad hentam Nazri, jangan hipokrit sangat

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker