Selangor peruntuk RM551.56 juta dalam Pakej Kita Selangor 2.0
PETALING JAYA: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM551.56 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 dalam usaha membantu rakyat negeri itu yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata, peruntukan itu memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat Selangor.
“Menginsafi keluhan rakyat yang sedang menderita kesusahan, maka kerajaan negeri berteraskan tiga strategi meliputi 25 program telah merangka Pakej Kita Selangor 2.0,” katanya pada sidang media.
Amirudin berkata, antara pakej bantuan diberikan seperti meneruskan inisiatif bakul makanan untuk golongan berpendapatan rendah dan terkesan akibat pandemik serta pelaksanaan PKP.
Program Mesra Rakyat
Katanya, program itu akan dilaksanakan di setiap 56 DUN yang mana had perbelanjaan Program Mesra Rakyat setiap ADUN tanpa mengira kerajaan atau pembangkang ditingkatkan ke RM100,000.
“Kerajaan negeri juga bersetuju memberi peruntukan tambahan RM50,000 bagi tujuan program tersebut dengan jumlah peruntukan RM3.28 juta,” katanya.
Amirudin berkata, bantuan lain seperti sumbangan khairat kematian berjumlah RM1,000 untuk setiap pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di Selangor.
Katanya, bagi melaksanakan inisiatif itu kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta.
“Kerajaan negeri memperuntukkan RM600,000 bagi memanfaatkan golongan OKU di Selangor dengan bantuan ‘one-off’ berjumlah RM500.
Beliau berkata, selain itu kerajaan negeri bersetuju memberi penangguhan bayaran sewa selama sebulan kepada Rumah PPR dan penyewa Rumah Smart Sewa di
Selangor.
Katanya, seramai 2,632 individu yang menyewa di Rumah PPR dan 477 peserta Skim Smart Sewa akan menerima manfaat penangguhan bayaran sewa bulan Julai dengan impak kewangan berjumlah RM900,000.
Amirudin berkata, kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan menawarkan Skim Internet Selangor khusus bagi golongan M40 (SISM40).
Katanya, inisiatif yang pertama kali dilaksanakan dengan kerjasama syarikat swasta negara iaitu Telekom Malaysia (TM) itu memperuntukkan subsidi internet khusus kepada rakyat Selangor.
Ujian saringan Covid-19
Dalam perkembangan lain, Amirudin berkata sejak tahun lalu, kerajaan negeri sudah melaksanakan saringan Covid-19 secara percuma melalui Program Ujian Saringan Covid-19 Komuniti Percuma Fasa Satu dan Dua.
Katanya, sehingga 8 Jun lalu, seramai 117,314 individu menjalani ujian saringan Covid-19 Fasa Dua.
“Kerajaan negeri akan melaksanakan Ujian Saringan Covid-19 percuma Fasa Ketiga dengan sasaran 100,000 saringan di seluruh negeri.
“Fasa Ketiga akan berasaskan dua strategi berdasarkan dapatan Fasa Pertama dan Fasa Kedua, iaitu penumpuan kepada kawasan ‘hotspot’ kes Covid-19 dan kawasan industri serta kilang.
Selangor peruntuk RM551.56 juta dalam Pakej Kita Selangor 2.0
Baca Artikel Menarik :
- Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya
- Dewan Tertinggi BN pilih Zambry sebagai Setiausaha Agung baharu
- Ryzal Ibrahim DurianKimchi Gunakan Maryam Dikecam Netizen [VIDEO]
- [VIDEO] Gelagat Azmi Tiba-Tiba Timbul Masa Danial Zaini Buat IG Live..”Ane!! Saya Punya Nasi Goreng Ayam Sudah Siap Ka Ane?”
- Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru pedas
- Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’
You must be logged in to post a comment.