Biodata Artis Dayang Areeda. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Dayang Areeda

Biodata Artis Dayang Areeda. Profail dan Latar Belakang. Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak dilahirkan pada 29 hbJanuari 1994 merupakan seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau mula dikenali dengan watak antagonisnya sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela.

Kerjaya

Pada tahun 2014, Dayang Areeda yang ketika itu berusia 20 tahun, mendaftarkan diri di Metrowealth Pictures milik penerbit David Teo dan memohon jawatan kerja sebagai pegawai pemasaran. Bermula dengan sesi temuduga, Dayang menerima tawaran sebagai pelakon. Minatnya dalam bidang lakonan mula berputik apabila Dayang terpaksa menangguhkan pelajarannya. Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Julia Farhana Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan.



Bakatnya dalam bidang lakonan mula bersinar apabila Dayang memegang watak pembantu sebagai Shiqin dalam drama Kekasih Paksa Rela lakonan Remy Ishak dan Intan Najuwa. Beliau juga berlakon bersama Kamal Adli dan Tiz Zaqyah dalam filem Kolestrol vs Cinta arahan Eyra Rahman.

Kehidupan peribadi

Dayang Areeda dilahirkan dan dibesarkan di Kudat, Sabah. Beliau merupakan lulusan dalam bidang perniagaan di Universiti Multimedia (MMU).

 

Dayang Areeda
Kelahiran
Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak [1]

29 Januari 1994 (umur 27)



Pendidikan Diploma Perniagaan
Pusat pendidikan Universiti MultimediaMelakaMalaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2014–kini

FOTO

Biodata Artis Dayang Areeda

Biodata Artis Dayang Areeda

Biodata Artis Dayang Areeda

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Masih Ada Rindu: Dayang Areeda akur belum popular



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker