Menteri Bersatu Bengang Diketepikan Dari MKN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mohd Redzuan Md Yusof mendakwa dia tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bercakap kepada Malaysiakini, anggota parlimen Bersatu itu juga mempersoalkan cara kerajaan menangani wabak Covid-19, terutama berkaitan dengan program vaksinasi.

“Kini saya bukan anggota MKN. Dahulunya anggota MKN. Saya tak tahu apa yang berlaku. Kali terakhir saya bersama MKN adalah sebelum Hari Raya (Aidilfitri),” katanya.

Menurut Redzuan, dia sepatutnya hadir dalam MKN sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma).

Sambil mengakui bahawa adalah menjadi hak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin  memutuskan siapa yang harus terlibat dalam proses membuat keputusan, namun anggota parlimen Alor Gajah itu berkata dia berasa kecewa.

“Kalau tengok susunan gazet tu sendiri ya, saya yang sepatutnya mengawasi.

“Tapi itu terpulang kuasa PM. Kalau nak menguruskan bencana ada cara-cara tertentu atas kebolehan seseorang

“Tapi kalau PM tak nampak Nadma menguruskan becana, kenapa letakkan di bawah tugas-tugas khas”‘ soalnya.

Sindir Pas, Parti Sains serah permohonan kepada ROS

Mengenai spekulasi tentang pemecatannya, Redzuan berkata hal itu disebabkan oleh kepemimpinan yang tidak mahu “terlalu ramai orang melakukan perkara yang sama” dan dia dianggap masih baru dalam politik berbanding menteri lain.

“Kadang-kadang tu orang nampak kita ni seorang yang baru dalam politik.

“Jadi ukuran kebolehan tu orang yang baru dalam politik. Itu pendapat sayalah,” katanya.

“Saya tak pernah jadi menteri selain bawah PH (Pakatan Harapan) untuk bangunkan usahawan.

“Menteri yang lain telah lama dalam politik. Mereka memberi kebolehan yang lebih. Itu terpulang kepada PM untuk membuat analisa, untuk memberi tugas-tugas kepada menteri sedia ada atau menteri yang banyak pengalaman, yang telah lama dalam politik,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengawasi MKN untuk mendapatkan komen.

Ketika berita ini ditulis, Ismail berkata Malaysiakini harus menghubungi MKN sendiri.

Bagaimanapun, pemimpin tertinggi MKN tidak menjawab pertanyaan berhubung perkara itu.

Jangan halalkan Jajaran Baru Bersama DAP

 

‘Kelulusan vaksin tak konsisten’

Mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Redzuan berpendapat banyak lagi perkara perlu dilakukan.

Dia mempersoalkan keputusan untuk menerima vaksin tertentu tetapi bukan vaksin lain yang telah mendapat persetujuan daripada negara asal dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Di Malaysia kita ada akta semua barang-barang perubatan, nak masuk je kena kelulusan NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). Kalau tak ada, kena rampas.

“Tapi apa pun, dalam darurat, general perang sepatutnya menggunakan kuasanya untuk mengenepikan NPRA.

“Contoh kalau dunia boleh menerima penggunaan vaksin menerusi EUL (Senarai Kegunaan Darurat) dari negara asalnya dan WHO, kita harus menggunakannya untuk mendapatkan bekalan vaksin yang lebih beragam.

“Kita tak boleh hanya bergantung pada Covax dan NPRA untuk meluluskannya. Contoh hari ini ada vaksin lain seperti Sputnik V dan Sinopharm,” tambahnya.

Mendakwa proses kelulusan vaksin tidak konsisten, Redzuan berkata vaksin Sinovac dari China menerima persetujuan bersyarat dari NPRA pada bulan Mac.

“Macam Sinovac, sebelum dapat kelulusan WHO baru-baru, ia telah dapat EUL daripada negara asal. Tapi ada juga yang dah dapat EUL negara asal tapi masih tak diperakui NPRA.

‘Jajaran Baru’ Bersama BN, Kami Tak Kebulor – Penyokong PH

“Tak konsisten. Kenapa NPRA masih tak mahu memudahcarakan sebab mereka boleh tambah lagi pembekalan vaksin.

“Pada pendapat saya, dalam keadaan darurat, kita boleh menggunakan kuasa kita atas NPRA berdasarkan EUL dari negara asal dan WHO.

“Apa masalah kita? Ini yang menimbulkan banyak persoalan dari segi pengurusan,” tambahnya.

Gunakan kemudahan sedia ada

Redzuan juga mengkritik cara kerajaan mengendalikan program vaksinasi, termasuk tumpuan kepada penubuhan pusat pemberian vaksin (PPV) mega.

Katanya, kemudahan seperti itu mungkin perlu di bandar-bandar besar bagi mengelakkan kepadatan penduduk, namun kerajaan sepatutnya menggunakan kemudahan sedia ada di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menerima vaksin.

“Tak perlu nak berbelanja jutaan ringgit untuk mewujudkan PPV mega yang menarik perbelanjaan duit kerajaan yang mana hari ni kita punyai cabaran hadapi fiskal defisit.

“Kenapa nak beli langsir, partition kerusi meja nak letak dekat situ (PPV)? Walhal kita boleh menggerakkan klinik kita di seluruh negara.

Hadi tetap beristiqomah dengan Perdana Menteri

“Dan Pharmaniaga dah jadi kontraktor kerajaan sebagai syarikat logistik. Kumpulkan semua vaksin, hantar ke outlet, orang datang bawa IC, ambil suntikan, scan Qr code, masuk MySejahtera,” katanya.

Redzuan menambah kerajaan juga memiliki sumber manusia yang besar, yang boleh dikerahkan untuk mempercepat progam vaksinasi.

Sebagai contoh, katanya, Angkatan Pertahanan Awam (APM), yang merupakan sebuah agensi di bawah Nadma, mempunyai lebih 2.2 juta sukarelawan.

“Kita ada infrastruktur walaupun bukanlah lebih (besar) dari agensi lain, tapi cukup untuk membantu.

“Kita boleh gerakkan (APM) untuk membantu dan tak melibatkan kos yang tinggi,” tambahnya.

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Menteri Bersatu Bengang Diketepikan Dari MKN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker