Sambal Hitam Pahang Viral pasangan OKU menjadi buruan


Terjual lebih 1,000 botol, Sambal Hitam Pahang pasangan buta ini jadi buruan

SAMA seperti penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu, PKP 3.0 kali ini turut memberikan tekananan kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini sehingga ramai terpaksa mengambil inisiatif tambahan untuk menjana pendapatan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Begitu juga buat pasangan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Yusri Aziz dan isterinya, Nur Jannah Tan Jia Hui yang hilang sumber pendapatan setelah restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup sejak dua bulan lalu.

Demi ingin mengubah kehidupan, mereka telah menemui sinar harapan bagi menjana pendapatan dengan menjual produk makanan dan kecergasan di platform e-dagang Shopee.

Pasangan tersebut membuka kedai maya itu dengan bantuan seorang kawan sepengajian di Universiti Malaya, Fa Phong pada minggu pertama bulan Jun lalu dan turut mempromosikan kedai mereka di laman sosial Facebook.

Kedai Shopee mereka yang diberi nama Yus Bisnes itu kini telah mendapat perhatian netizen apabila seorang pengguna Twitter @Nizam Arif_ yang telah memuat naik tangkap layar daripada posting pasangan tersebut dengan kapsyen yang mengajak rakyat Malaysia untuk menyokong perniagaan mereka.

Ciapan itu telah diulang kicau lebih daripada 11,000 kali dan Yusri berjaya menjual produk mereka yang mencecah RM600 hanya dalam masa 24 jam.

Yusri juga telah berkongsi berita gembira mereka telah menjual hampir 1,000 botol Sambal Hitam Pahang dengan nilai jualan mencecah kira-kira RM 10,000 hanya dalam masa seminggu. Utv

Laksa buka pintu rezeki buat Hazama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker