Siti Nurhaliza akhirnya dikompaun RM10,000
Menteri agama, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don turut dikompaun
SHAH ALAM, 15 Syawal 1442H, Khamis – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa mengadakan majlis tahnik anak mereka awal bulan ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang turut dikenakan ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal serta tiga orang anaknya.
Arjunaidi ketika sidang media dalam talian berkata, kesemua mereka dikenakan kompaun atas kegagalan memastikan penjarakan fizikal ketika majlis berkenaan.
Tak hadir mesyuarat, mana adab Muhyiddin dengan Sultan Johor
Sebelum ini, media melaporkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak lelaki penyanyi nombor satu negara itu yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Esha sebelum ini berkata, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu berkenaan. -Bernama
[VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
Siti Nurhaliza akhirnya dikompaun RM10,000
Baca Artikel Menari
-
- [VIDEO] Nasi di Kedah sedap, antara alasan rentas negeri guna lorong tikus
- Neelofa hilang 100000 pengikut di Instagram?
- Resepi Cucur Udang Ranggup Luar Lembut Dalam
- Selepas Kelantan, hampir 11,000 di Kedah pula tak hadir ambil vaksin
- Wanita menyusu bayi boleh disuntik vaksin AstraZeneca
- Erma Fatima selar tindakan orang awam pergi mall ‘Macam Sakai’
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Vaksin Covid-19: Contohi AS, UK turunkan kes melalui pemberian meluas