DOLLA tersenarai dalam Top 10 kumpulan nyanyian wanita antarabangsa

DOLLA tersenarai dalam Top 10 kumpulan nyanyian wanita antarabangsa

SATU demi satu kejayaan dan penghargaan terus diraih oleh kumpulan nyanyian wanita tempatan popular Dolla.

Sejak kemunculan mereka beberapa tahun lalu, kumpulan Dolla yang dianggotai empat gadis berbakat iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya ini kerap mencuri perhatian peminat dunia muzik.



Selepas berjaya tampil di papan iklan digital di New York Amerika Syarikat tahun lalu, mereka mencalit satu lagi kejayaan manis dalam kerjaya seni mereka.

Kini, empat gadis jelita itu berjaya menarik perhatian saluran YouTube tersohor dunia MsMojo saat saluran tersebut menyenaraikan kumpulan Dolla sebagai salah satu daripada 10 kumpulan nyanyian wanita antarabangsa yang harus ada dalam senarai main pencinta muzik.

Dalam video YouTube tersebut, MsMojo menyenaraikan 10 buah kumpulan nyanyian wanita antarabangsa dari pelbagai pelusuk dunia.

Ini termasuk Amerika Syarikat, Amerika Latin, United Kingdom, Jepun, Korea dan juga Asia Tenggara seperti Filipina dan juga Malaysia.



Dolla diberi penghormatan menduduki tempat keenam dalam senarai cadangan tersebut dan merupakan satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang berjaya memasuki carta itu.

Antara kumpulan lain yang turut tersenarai adalah kumpulan dari Jepun XG dan juga sensasi K-Pop terkini, New jeans.

Menurut saluran itu, Dolla bukan sahaja dikenali kerana kelincahan mereka di pentas tapi juga berkat ketularan mereka di media sosial.

Ini termasuklah kejayaan lagu ‘Raya Raya Raya’ yang berjaya mengumpul jutaan peminat seluruh dunia.



Di dunia moden hari ini yang bergerak pantas dalam alam maya, kejayaan ini semestinya sesuatu yang besar buat Dolla.

Ini kerana saluran MsMojo di laman YouTube merupakan sebuah saluran yang sangat popular dan mengiktiraf artis-artis berbakat dari seluruh dunia serta berimpak besar dalam dunia seni hiburan.

Dengan lima juta pelanggan yang mengikuti saluran MsMojo, pasti jumlah pengikut kumpulan Dolla juga akan meningkat naik tidak lama lagi.

MsMojo juga merupakan salah satu saluran YouTube yang lahir dari saluran induk WatchMojo, sebuah saluran video ulung di YouTube yang berpusat di Kanada. Utv



DOLLA tersenarai dalam Top 10 kumpulan nyanyian wanita antarabangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker