Coco tersingkir awal

Coco tersingkir awal

Coco tersingkir awal
COCO kecewa selepas tersingkir dari saingan Wimbledon. FOTO AFP

London: Harapan tinggi Coco Gauff untuk mencipta impak di Wimbledon lebur apabila dia tersingkir seawal pusingan pertama, pada hari yang penuh kejutan di kejohanan Grand Slam gelanggang rumput itu.

Bintang Amerika Syarikat (AS) berusia 21 tahun itu, yang juga pilihan kedua, hadir ke All England Club dengan semangat membara selepas menjulang gelaran Terbuka Perancis bulan lalu.

Namun dia dikejutkan pemain Ukraine ranking ke-42 dunia, Dayana Yastremska, yang menewaskannya 7-6 (7/3), 6-1.

“Saya rasa secara mental saya agak tertekan dengan semua perkara yang berlaku selepas menang di Roland Garros. Saya tak rasa saya ada masa yang cukup untuk betul-betul meraikan dan pada masa sama bersedia untuk kembali beraksi,” kata juara Grand Slam dua kali itu.

“Tapi ini pengalaman pertama saya dalam situasi macam ini, menang kejohanan besar dan kemudian perlu bersedia untuk Wimbledon. Banyak yang saya pelajari… mengenai apa yang patut dan tak patut saya ulangi selepas ini.”

Nasib sama turut menimpa beberapa lagi pemain pilihan utama apabila pilihan ketiga, Jessica Pegula, dikejutkan Elisabetta Cocciaretto dari Itali 6-2, 6-3, manakala juara Olimpik dari China, Zheng Qinwen (pilihan kelima), turut kecundang 5-7, 6-4, 1-6 di tangan pemain bukan pilihan, Katerina Siniakova.

Coco tersingkir awal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker