Emma telan maki hamun
Emma telan maki hamun
Biarpun menerima mesej langsung berbentuk maki hamun atas sikap kurang ajar terhadap orang tua, pelakon drama i-Tanggang Mother of All Lies, Emma Sofea tidak kisah, sebaliknya berpuas hati lakonannya memberi impak.
Bukan sahaja dalam ruang mesej langsung Instagram (IG), malah platform media sosial seperti Facebook dan Twitter turut dilemparkan kecaman terhadap watak Esra yang dibawakan gadis berusia 15 tahun itu gara-gara bersikap kurang ajar yang keterlaluan.
Emma berkata, dia menerima berbakul-bakul maki hamun sehingga sukar mengingati kata-kata paling kesat.
“Saya tidak terkejut walaupun mesej langsung dalam IG dipenuhi dengan maki hamun penonton. Sebaliknya, saya gembira dan berpuas hati, itu bermakna lakonan saya menjadi.
“Jadi, saya tidak kisah dilemparkan maki hamun. Saya lebih suka tidak melihat cacian diterima sebagai perkara negatif. Sebaliknya, saya hanya fokus kepada yang positif sahaja,” katanya kepada BH Online.
Emma ditemui pada sesi sidang media drama i-Tanggang Mother of All Lies secara virtual, baru-baru ini.
Selain Emma, drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak itu menampilkan Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Andy Teh, Aiman Badrul, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.
Emma berkata, bukan mudah membawakan watak Esra yang panas baran dan kurang ajar, memandangkan dirinya bukanlah remaja yang bersikap sedemikian.
Namun, katanya, dia tanpa berfikir panjang menerima tawaran pengarah, Wan Hasliza disebabkan tertarik dengan jalan cerita drama berkenaan.
“Selepas membaca jalan cerita, saya menyukai kelainan jalan cerita drama ini. Tanpa berfikir dua kali saya terus terima tawaran Wan Hasliza.
“Sebelum ini, saya pernah membintangi drama berunsurkan komedi, Wizards of Warna Walk.
“Jadi, ia memikat hati saya untuk mencabar diri menerima tawaran watak yang berbeza, biarpun antagonis,” katanya.
Bukan mudah buat Emma bawa watak Esra yang panas baran dan kurang ajar, memandangkan dirinya bukan bersikap sedemikian. – Foto IG Emma Sofea
Bukan mudah buat Emma bawa watak Esra yang panas baran dan kurang ajar, memandangkan dirinya bukan bersikap sedemikian. – Foto IG Emma Sofea
Bagaimanapun, Emma berkata, bukan mudah membawakan watak Esra hingga memaksanya meminta maaf kepada Emelda walaupun perbuatan melampaunya hanya lakonan semata-mata.
“Sebenarnya, sikap kurang ajar yang keterlaluan bukan sengaja dibuat-buat, tetapi ia kehendak skrip. Dan apabila sampai ke dalam jiwa penonton, bermakna lakonan saya berjaya.
“Bagaimanapun, saya tetap minta maaf kepada Emelda kerana sering menjerit dan memarahinya. Alhamdulillah, kami saling memahami kerana ia adalah tuntutan kerja,” katanya.
Namun, katanya, perkara paling sukar adalah mengekalkan karakter Esra di luar lokasi penggambaran kerana tidak mahu momentum terganggu.
“Saya pernah diberikan cuti dua minggu, namun kerana tidak mahu momentum Esra hilang, saya perlu sentiasa berada dalam karakter walaupun di luar lokasi.
“Ada kala saya kasihan dengan teman baik kerana tidak sengaja bersikap kasar terhadap mereka. Tetapi, mereka faham selepas saya menjelaskan kepada mereka kenapa bersikap sedemikian,” katanya.
Katanya, watak Esra bukan bertujuan menggalakkan penonton terutamanya kanak-kanak mengikut sikap negatif. Sebaliknya, mahu penonton menjadikan kisah Esra sebagai pengajaran dan mengelak daripada menjadi sepertinya.
“Saya melihat beberapa komen tidak setuju dengan watak Esra yang dianggap boleh mempengaruhi penonton kanak-kanak.
“Bagi saya, sikap remaja seperti Esra memang wujud, cuma apa yang ingin ditonjolkan adalah kebenaran dan kita tidak mahu menggalakkan remaja bersikap sepertinya,” katanya. BH
Emma telan maki hamun
Baca Artikel Menarik :
- Wakafkan aset bernilai RM151 juta, pilih hidup di rumah flat
- Perangai ‘syaitan’ pihak berkuasa China didedahkan
- Nelydia sentuh Fattah Amin, kau panas ke?
- PRN Melaka mampu cetus teori domino di Perak, Johor
- Terjah rumah pukul 3 pagi kerana mahu selamatkan Iqbal yang disihir – Dr. Vida
- Lelaki perkosa mayat wanita kerana terlalu cantik
- Lupakan Switzerland, jom ke Pakistan, cantik, murah dan halal
- Artis Malaysia yang berkahwin dengan artis seberang, jom lihat senarainya
- Nadir Al-Nuri Jawab Netizen Persoal ‘Makan Besar’ Di Gaza, Ini Jawapan Balasnya..
- Warga Emas Meraung Kena Hukuman Gantung Kerana Mengedar Dadah [VIDEO]
- Bomoh durjana: Usap peha dan gosok kemaluan sebelum rogol bakal pengantin/a>
Layari Laman Facebook MYKMU