Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos

Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos

Insiden 131 tahanan Rohingya dan pendatang Myanmar lolos Depoh Imigresen Bidor, malam tadi, mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang meluahkan pandangan mereka melalui media sosial.

Ada netizen menyifatkan kes itu sebagai memalukan negara, ada juga menggesa kerajaan segera memikirkan langkah dan mengambil tindakan secepat mungkin untuk menangani isu pelarian Rohingya, selain cadangan kawalan di depoh dipertingkatkan.



Terdahulu, Ketua Polis Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, mengesahkan seramai 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari depoh berkenaan, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Mereka terdiri 115 lelaki etnik Rohingya, dan 16 lelaki warga Myanmar yang lolos selepas insiden rusuhan di depoh blok lelaki. Seorang daripada mereka bagaimanapun maut dalam kemalangan.

Dalam ruangan komen di Facebeook (FB) BH Online, Mohd Hamzah Basiron menulis: “Padah bila terlalu diberi muka atas nama kasihan, sengaja cari bala bela puak yg tak tau bersyukur ni”.

Pengguna FB, Wang Emas mempunyai pandangan sama melalui komennya terhadap sikap pendatang asing di Malaysia.



“Puak ni kerja nk merusuh ja di negara org.. dkt negara sdri lari sebab pihak sana lg kejam buat.. dkt sini dia naik minyak .. patut kurung sambil berantai saja.. masukkan dlm kapal besar d tgh laut jdkan tmpt tanahan jgn di darat lg”.

Komen Ah Chai Madin pula dalam bentuk cadangan supaya kawalan di depoh tahanan Imigresen diperkuatkan dengan anggota tambahan dan mengesyorkan anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) diserap untuk tujuan berkenaan.

Abdullah Anakalam Ahmad berpandangan pendatang asing sudah tidak takut dengan penguat kuasa keselamatan Malaysia, malah mungkin lebih suka jika ditahan.

“Kalau kena tangkap, depa lagi suka, nak makan pun tak ada masalah kerana disediakan, nak tidoq pun tak ada masalah kerana tempat disediakan walaupun kurang sempurna”.



Padangan sama dikongsi Zulkifly Hj Abdullah, menulis: “Ni baru 130 yg merusuh.. belum lagi yg puluhan ribu lagi yg terdapat dlm negara bila depa mula naik tocang.

“Sepatutnya kerajaan bertindak tegas dan jgn peduli dgn UNCHR…tangkap dan hantar balik semua yg ada dlm negara…kalau ada bot yg baru labuh….usir jauh2…Klau depa sengaja bocorkan bot depa, biarkan saja….jgn bagi muka PD puak2 ni….”.

Komen Norezam Othman, kerajaan diminta jangan terlalu banyak bertolak ansur kerana pendatang asing akan lebih berani berbuat apa sahaja jika jumlah mereka ramai.

“K’jaan terlalu byk tolak ansur…bgi muka sgt ni la jdinya….makin lama pijak kepala…lbh berani wat apa sje,” tulisnya.



Ada juga komen yang membangkitkan isu kawalan di depoh tahanan dan mempersoalkan bagaimana tahanan di Bidor boleh lolos.

Saya Adalah Wan merujuk laporan media sebelum ini mengenai Depoh Tahanan Imigresen di Bidor dan Beranang, Selangor telah diaktifkan sistem amaran bagi memastikan kejadian tahanan lolos seperti di depoh Sungai Bakap tidak berulang.

“Sistem amaran ini pergi mana. Blackout ke,” tulisnya, manakala Zack Lejen mengharapkan pihak berkuasa perlu lebih tegas dan telus kerana insiden terbaharu malam tadi memalukan negara. BH

Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental



Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker