Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah

Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah

Kita sibuk mencari Lailatulqadar, ada yang siap bersedia dengan tanda-tandanya dan menghafalnya. Harapannya, tahun ini dapatlah bertemu dengan Lailatulqadar. Pasti! Semua orang akan menempuh Lailatulqadar tapi berjayakah kita mendapatkannya. Dan, tahu kah kita apa itu Lailatulqadar?

Menurut Dr. Azhar Sarip Perunding Emosi dan Sipiritual NLP Training Lailatulqadar dari sudut pendapatnya, ia adalah satu dimensi. Memang setiap orang pernah dan berpeluang menempuhinya tapi berapa ramai yang berjaya masuk ke dalam dimensi itu?

Alasannya, dimensi Lailatulqadar hanya boleh dimasuki dengan rahmat Allah. Walaupun ramai yang menyedari bahawa malam yang dilalui itu adalah Lailatulqadar tapi belum tentu berpeluang memasukinya.

“Saya beri contohnya begini, seorang kawan saya sewaktu menetap di Australia suatu malam dia sedang berjalan mengambil angin waktu malam tiba-tiba dilihat semua pokok tunduk ke bumi. Dia lari lintang pukang balik ke rumah dan berselimut kerana takut melihatkan keadaan itu.

“Keesokan harinya dia bercerita pada orang yang arif. Diberitahu kepadanya, “Itulah Lailatulqadar.” Sampai sekarang sahabat saya masih memburu Lailatulqadar malangnya dia tidak pernah pun berjumpanya lagi.”

Kenapa dianjurkan untuk mencarinya pada 10 malam terakhir? Mengapa? Itu kerana, selama 21 hari berpuasa adalah latihan untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan berdoa.

Dalam tempoh 21 hari juga neuro connection dan neuro pathway akan menjadi satu jaringan serta menjadi satu sikap. Sikap itu adalah sentiasa mengingati Allah, mengharap kepada Nya dan dekat pada Nya.

“Selepas 21 hari kita sudah bersedia untuk masuk ke dalam dimensi Lailatulqadar. Ketika itulah kita telah benar-benar bersedia dan dekat diri dengan Allah.”

Ujarnya lagi, masalahnya orang kita ini selalu buat kerja saat-saat akhir, apabila tiba malam 21 barulah hendak mula beribadat sedangkan malam yang lain sejak awal Ramadan lupa semuanya. Apabila malam 21 barulah hendak mulakan ibadat dan mengharap perkara yang ajaib berlaku.

Kenapa ditentukan malam 21? Untuk menjawab persoalan itu, Dr.Azhar menjelaskan, ada bukti sains bahawa sesuatu perbuatan yang dibuat selama 21 kali maka ia akan menjadi tabiat.

Saraf otak mengambil masa paling minimum 21 hari untuk membentuk laluan kecil yang menjadikan sesuatu perbuatan sebagai tabiat rutin. Ia ada kaitan dengan saraf di dalam otak. Saraf mengambil masa paling minimum selama 21 hari untuk tumbuh dan membina jaringan menjadi satu tabiat rutin.

Memanglah mula-mula itu ia akan seperti terpaksa tetapi selepas 21 hari ia akan jadi biasa kerana saraf otak telah membuat laluan kecil.

Sambungnya lagi, jangan ditekankan sangat tentang tanda-tandanya Lailatulqadar, yang penting adalah perbanyakan amalan dari awal Ramadan dan dilipatgandakan pada 10 hari terakhir sebagaimana yang Rasulullah lakukan.

Jika memikirkan sangat tanda-tanda Lailatulqadar ditakuti terlalu bertuhankan Lailatulqadar lebih daripada kita bertuhankan Allah. Kita mengejar malam Lailatulqadar itu lebih daripada kita mengejar Allah.

Kita beribadat kerana Lailatulqadar lebih daripada kita beribadat kerana Allah. ditakuti ia akan menjadi syirik. Kebergantungan itu terlalu kepada Lailatulqadar. Alasannya hendak berdoa kerana ketika itu saat makbul doa.

Berapa banyak ganjaran 1000 bulan?

Bagusnya, malam Lailatulqadar adalah ganjarannya. Satu ibadat dilipat ganda nilainya seperti 1000 bulan beribadat. Kalau didarabkan 1000 bulan dengan 30 hari, ia akan menjadi 30 ribu. Ini bermakna satu ibadat menyamai 30 ribu kali ibadat yang kita buat pada hari biasa.

Itu adalah keistimewaan malam Lailatulqadar yang tidak terdapat pada malam lain. Jadinya buat betul-betul, merasai kedekatan diri kita 30 ribu kali lebih dekat dengan Allah.

Tegasnya, sepanjang bulan Ramadan gelombang berada pada theta. Manakala pada waktu malamnya gelombang akan turun lagi masuk ke gelombang delta. Paling hebat pada malam Lailatulqadar gelombangnya akan masuk ke gelombang deep deep delta yang menyamai gelombang Kaabah.

Maknanya selama ini jika hendak duduk di dalam gelombang itu kita kena pergi ke Kaabah. Namun pada malam Lailatulqadar Allah bawakan gelombang Kaabah kepada kita sepanjang malam. Jika gelombang rendah sudah memenuhi bumi maka ketika itu rahmat Allah melimpah. Minta apa saja kerana akan dimakbulkan. Wallahu a’lam Utv

Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker