Polis, JPJ tabik Aminah

Polis, JPJ tabik Aminah

SEREMBAN: Seorang wanita mencuri tumpuan ramai apabila menunggang motosikal dengan cermin sisi dan nombor plat bersaiz besar.

Ramai merakam aksi Siti Aminah Abdullah, 49, menunggang motosikal berkenaan sehingga beberapa kali tular di media sosial.

Video pertama tular di Tiktok pada September lalu dengan 28,000 tanda ‘like’ dan yang terbaharu kelmarin dengan lebih 60,000 tanda ‘like’.

Ketika ditemui, Siti Aminah berkata, dia bukan mahu mencari populariti atau perhatian, sebaliknya selesa menunggang skuter Yamaha Ego S itu.

“Saya sendiri tak pernah rakam atau muat naik video atau gambar motosikal ini di media sosial. Kedua-dua video yang tular dirakam pengguna jalan lain dan saya tahu selepas dimaklumkan rakan serta saudara-mara.

“Saya tak kisah, cuma harap netizen tak tinggalkan komen menyakitkan hati atau mencemuh. Ini untuk kepuasan sendiri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Rasah Jaya, di sini, hari ini.

Anak jati Ipoh, Perak itu berkata, dia memang berulang-alik ke kios tempat berniaga di Stesen KTM Senawang, di sini, menggunakan skuter yang dibeli 14 tahun lalu itu.

“Kalau berhenti di lampu isyarat, pasti ada pengguna jalan tertumpu pada cermin sisi dan nombor pendaftaran skuter ini. Ada yang tanya, ada yang menegur dan ada juga berbisik sesama mereka, malah ada juga jadikannya bahan lawak jenaka. Saya tak peduli semua itu, asalkan saya selesa.

“Ada juga individu yang berswafoto dengan motosikal ini ketika saya parkir,” katanya sambil menambah suaminya, Abdul Karim Abu Bakar, 48, memang suka memasang cermin sisi serta nombor pendaftaran besar sejak zaman bujang.

Menurutnya, anggota polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga pernah memberi pujian dengan memberi tanda bagus atau thumbs up dan tabik atau salute.

“Cermin sisi itu sebenarnya dari lori 1 tan yang diubah suai suami dan dipasang pada motosikal ini yang dibeli pada 2010. Sejak itu memang skuter ini guna cermin sisi besar, baru-baru ini sahaja ia mula tular.

“Nombor pendaftaran juga memang saiz untuk lori, suami tempah di kedai dan pasang sendiri pada motosikal. Setakat ini saya tidak berdepan masalah jika lalu sekatan jalan raya,” katanya. BH

Polis, JPJ tabik Aminah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fasha terbuka dengan adegan ranjang jika jadi ‘kegemaran’ penonton

Fatiya merepek, suami Heliza nafi dakwaan jual rumah

Lan Pet Pet dedah persepsi bersengketa dengan Senario

Hero Aquaman, Jason Mamoa hidup gelandangan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker