Amir Raja Lawak jadi punca peniaga air balang hilang pelanggan?

Amir Raja Lawak jadi punca peniaga air balang hilang pelanggan?

Pelawak Amir Raja Lawak memohon maaf kepada peniaga air di sekitar Kamunting, Perak yang merasakan kehadirannya di lokasi itu sebagai saingan sengit.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Amir berkongsi tangkapan paparan mesej yang diterima daripada seorang peniaga yang mengadu jualan airnya merosot selepas pelawak itu datang meniaga di situ.



Dakwa individu terbabit, pelanggan tetap yang sebelum ini membeli air dari gerainya sudah ‘berubah angin’ dan tindakan itu menyebabkan dia hilang pendapatan harian.

Bagi menjernihkan situasi, Amir, 34, menjelaskan kehadirannya ke tempat itu untuk membantu bisnes rakan yang sedang terjejas teruk. Kata Amir, dia hanya akan meniaga di kawasan tersebut sehingga 30 September ini.

Minta maaf kepada peniaga air di sekitar Taiping atau Kamunting terutama peniaga air balang sekiranya kehadiran saya menyinggung anda semua.

Saya datang meniaga di situ pun santai-santai, tak ada lah nak beria buat jualan sangat. Sebenarnya sambil bantu sahabat lama saya untuk promosi kedai dia kt sini. Saya pun ada kerja lain juga nak selesaikan kat sini dengan sahabat saya.



Rata-rata peniaga sekarang ini semuanya terkesan, saya harap jangan letak kesalahan sepenuhnya pada saya. Lagipun saya datang berniaga kt sini kejap saja, hari akhir pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammad Amirullah Azmi memohon kepada orang ramai yang tinggal berdekatan terutamanya untuk saling menyokong perniagaan air balang.

Harap pelanggan tetap itu teruslah menyokong peniaga-peniaga jalanan yang anda biasa berurusan. Didoakan agar segala urusan kita semua dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki selalu. Amin.
Sumber: Instagram

Amir Raja Lawak jadi punca peniaga air balang hilang pelanggan?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker