Justin Hoh bakal pengganti legenda Lee Chong Wei

 

Pendapat mengenai pemain perseorangan muda negara, Justin Hoh yang dilihat boleh menggantikan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei ada benarnya.

Justin, 20, berjaya menunjukkan kemampuan menyaingi nama besar di pentas antarabangsa apabila diberi tanggungjawab sebagai pemain terakhir pada aksi terakhir Kumpulan D saingan Piala Thomas di Chengdu, China malam tadi.

Pemain di ranking ke-233 dunia itu tampil tenang di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech walaupun memikul tugas sebagai penentu kepada keputusan perlawanan dengan Denmark.

Justin berjaya mengheret perlawanan dengan pemain di ranking ke-26 dunia, Rasmus Gemke ke set penentuan – apabila bangkit di set kedua untuk mencatat kemenangan 21-19 selepas tewas 13-21 (set pertama).



Stamina tampak menjadi kelemahan yang perlu diperbaiki Justin selepas ini dan ia jelas boleh dilihat pada set penentuan yang menyaksikan dirinya terpaksa akur kecundang 13-21 sekali gus memuktamadkan gelaran juara Kumpulan D menjadi milik Denmark dengan keputusan 3-2.

“Saya rasa saya tak mahu kalah… tapi bila di set ketiga, saya bertekad untuk terus membuktikan kemampuan kepada negara saya. Apapun, saya agak puas hati kerana kalah dengan pemain ternama.

“Satu perlawanan yang baik untuk saya menimba pengalaman,” katanya yang mengakui agak gopoh untuk memburu mata di set pertama.

“Dia pemain berpengalaman, tetapi saya gembira dapat berlawan dengannya dan ia akan menjadi pengalaman berharga buat saya. Di set kedua, saya ikut ketangkasan lawan dan di set pertama, saya pula terlalu gopoh untuk ‘bunuh’ bulu tangkis yang pada akhirnya menjadi punca kepada kesilapan.



“Di set kedua juga, saya cuba tenang dan saya sangat gembira dapat berlawan dengannya di set penentuan,” kata Justin.

Sebelum ini legenda negara, Datuk Misbun Sidek pernah menyatakan yang bekas anak didiknya itu berpotensi untuk menjadi pengganti kepada Chong Wei.

Malah pada aksi pertama kumpulan bertemu Hong Kong, Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai perseorangan pertama turut mengakui Justin cukup tenang untuk mengawal situasi dalam gelanggang ketika menentang Chan Yin Chak.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker