Nota ‘jangan cabar Islam’ di depan rumah ibu Kor Ming

Nota ‘jangan cabar Islam’ di depan rumah ibu Kor Ming

MANJUNG – Ruang hadapan rumah ibu kepada Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dihujani nota berbaur ugutan di Ayer Tawar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu sekitar 10.15 pagi oleh ibu menteri tersebut yang berusia 76 tahun.



“Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi itu, ketika ibu menteri berkenaan keluar rumah, dia mendapati banyak kertas bertaburan di hadapan rumah dengan tulisan ‘Nga Kor Ming jangan cabar islam’ dan percaya perkataan tersebut mempunyai niat yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan itu, Mohamed Nordin berkata, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah melalui suatu komunikasi tanpa nama dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Kes ini masih dalam siasatan dan punca kejadian belum diketahui. Usaha mengesan individu yang terlibat kini masih diteruskan.

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” jelasnya.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Fariq Nazmi Mohd Mustafa di talian 013-331 7099 bagi membantu siasatan pihak polis. MG

Nota ‘jangan cabar Islam’ di depan rumah ibu Kor Ming

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sebelum jadi Datin tak seksi sangat

‘Saya bukan geng plastik hitam’



Azhar Sulaiman tidak tolak jika dijodohkan dengan ahli kumpulan The Gadys

Rumah Influencer dirompak, RM3 juta tunai dan jongkong emas dilarikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker