Ketua Pemuda PAS serah hala tuju MN pada Hadi Awang

 

KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS mengingatkan semua ahlinya supaya tidak perlu bimbang dengan hala tuju perjalanan parti Islam itu untuk bekerjasama sama ada dengan rakan dalam Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata semua pihak perlu yakin dan menyerahkan kepada Presiden, Abdul Hadi Awang termasuk Majlis Syura Ulama dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat untuk membuat keputusan.



“Ini bukan masa berteka-teki, kita punyai nakhoda yang jelas, bagi mandat kepada Presiden tentukan hala tuju parti.

“Tak perlu ramai nak bercakap tentang itu dan ini, nak bicara itu dan ini, berapa ramai nak nakhoda dalam parti?” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-67.

Beliau juga mengingatkan pemimpin dan ahli PAS supaya tidak sesuka hati menjadi juru runding dengan parti lain tanpa merujuk kepada institusi presiden kerana ia dibimbangi dibuat demi kepentingan individu.

“Kalau semua nak jadi juru runding kepada parti, kita bimbang akan ada perunding menjual nama parti untuk kepentingan peribadi.



“Bagi mandat kepada Presiden, Majlis Syura, AJK PAS Pusat (berunding),” katanya.

Ketua Pemuda PAS serah hala tuju MN pada Hadi Awang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




MN sudah berkubur ataupun lama mati tak ada kubur – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker