MN sudah berkubur ataupun lama mati tak ada kubur – Ku Li

Sebaran :

MN sudah berkubur ataupun lama mati tak ada kubur – Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan kuasa politik Melayu sudah berkubur walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenainya.

Veteran UMNO itu mendakwa, MN menyeleweng daripada matlamat asal selepas rakan gabungan Barisan Nasional (BN) iaitu Pas saling berbeza pendapat.

“Sebenarnya tidak ada (persefahaman) kalau dia dah sanggup berbeza pendapat dengan UMNO. UMNO tak mahu jadi anggota PN (Perikatan Nasional) tetapi dia nak jadi anggota PN…apa beza?



“Tetapi jelas sekali nampak dia (Pas) penting kepada jawatan barangkali, nak guna itu untuk kepentingan politik dia… barangkali, saya tak tahu.

“Pandangan saya dengan ramai kawan-kawan yang saya telah berbincang, memikirkan MN telah berkubur ataupun dah mati lama tak ada kubur. Sememangnya tak ada keikhlasan di peringkat bawah.. di peringkat atas saya tidak tahulah,” katanya yang turut dikenali sebagai Ku Li.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan, hari ini.

MN ditubuhkan 14 September 2019 selepas UMNO dan Pas setuju untuk bekerjasama bagi memperkukuhkan kuasa politik orang Melayu yang dikatakan semakin terhakis selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2018.



Sementara itu, dalam perkembangan lain Tengku Razaleigh berkata, pada pendapatnya, kekuatan mana-mana parti untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih lagi samar.

Katanya, setakat ini masih belum ada mana-mana parti yang menonjol dan menunjukkan potensi bakal dipilih rakyat. – Awani

MN sudah berkubur ataupun lama mati tak ada kubur – Ku Li


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply