Berhenti jadi artis kalau nak masuk politik – Joe Flizzow

Berhenti jadi artis kalau nak masuk politik – Joe Flizzow

Ikon muzik rap tersohor Joe Flizzow tampil mengingatkan golongan artis yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang politik secara serius supaya meninggalkan terus gelaran sebagai seorang selebriti.

Ujar Joe Flizzow atau nama sebenarnya Johan Ishak, seseorang anak seni haruslah mempunyai pendirian tegas untuk memilih hanya satu bidang yang hendak diceburi dalam satu-satu masa.



“Artis yang hendak jadi ahli politik, elok berhenti jadi artis. Takkan gua (saya) nak undi lu (awak) dekat Anugerah Bintang Popular 2022 (ABP2022), selepas itu nak undi lagi dekat Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Come ahhh YB/Datuk!? Pilih!” ujarnya menerusi satu ciapan dalam Twitter miliknya.

Ciapan bekas anggota kumpulan rap Too Phat itu turut mendapat persetujuan ramai pengguna Twitter apabila rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

“Setuju. Harap mereka pilih antara jadi YB (Yang Berhormat) atau artis. Tapi kalau pilih politik, janganlah nanti bila dah down (jatuh), sibuk nak menyanyi atau berlakon balik. Berjuanglah habis-habisan dalam politik. Ingat jangan u-turn (jadi semula artis),” kata seorang pengguna Twitter penyokong nasihat penyanyi berusia 42 tahun itu.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga beberapa pengguna Twitter turut memetik beberapa nama artis yang dikatakan sedang aktif dalam bidang politik. K Online



Berhenti jadi artis kalau nak masuk politik – Joe Flizzow


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker