Serang bekas isteri kerana cemburu dengan melepaskan tembakan

Serang bekas isteri kerana cemburu dengan melepaskan tembakan

Serang bekas isteri kerana cemburu dengan melepaskan tembakan

Kota Bharu: Cemburu dipercayai punca wanita diserang bekas suami yang melepaskan tembakan ke arah kereta dipandu di Kampung Tapang di sini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, ketika kejadian mangsa berusia lingkungan 30-an berada dalam kereta jenis Kia Rio bersama tiga anaknya berusia tiga hingga 13 tahun.



Katanya, mangsa menyedari diekori kenderaan dinaiki bekas suaminya dan kemudian mendengar bunyi seakan tembakan yang mengena cermin belakang di kanan keretanya.

“Namun mangsa tidak nampak jenis senjata digunakan. Dia dan tiga anaknya tidak cedera.

“Siasatan polis dan Unit Forensik mengesahkan terdapat satu kesan berlubang dan retak pada cermin kereta mangsa, namun belum dapat disahkan ia kesan daripada senjata api atau senjata lain,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek berusia 30-an yang sudah ditahan akan direman hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. HM



Serang bekas isteri kerana cemburu dengan melepaskan tembakan


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Berang 15 hari tidak ‘dilayan’, lelaki tembak isteri dan lempar 3 anak dalam terusan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker