COVID-19: Kes di Sabah melompat 315 peratus
Sabah mencatat peningkatan mendadak kes COVID-19 dengan kenaikan jumlah pesakit positif virus berkenaan mencecah 315 peratus kepada 216 kes yang dicatat sepanjang minggu lalu atau Minggu Epidemiologi (ME) 49/2023.
Menteri Penyelaras COVID-19 Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam, berkata jumlah itu menunjukkan pertambahan yang ketara berbanding hanya 52 kes pada ME 48/2023.
Katanya, semua kes yang dicatat pada ME 49/2023 itu adalah kes tempatan dengan purata kes aktif sebanyak 19 kes sehari berbanding hanya tiga kes sehari pada ME 48/ 2023.
“Terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah dan seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, ia masih dalam keadaan terkawal.
“Rakyat Sabah dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kendiri bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.
“Penggunaan pelitup muka bagi yang bergejala adalah digalakkan apabila berada di tempat awam terutamanya kawasan tumpuan orang ramai yang sesak,” katanya menerusi kenyataan perkembangan semasa COVID-19 Sabah, di sini.
Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, laporan COVID-19 sepanjang ME 49/2023 turut menunjukkan tiada daerah mencatat penurunan kes.
Katanya, sebanyak 17 daerah di Sabah mencatat kenaikan kes, manakala 10 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu sepanjang minggu lalu.
“Daerah yang tidak mencatat sebarang kes baharu ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Tambunan, Nabawan, Tongod, Semporna, Kunak, Kalabakan dan Telupid.
“Bagi daerah yang mencatat peningkatan jumlah kes COVID-19 ialah Kota Kinabalu, Penampang, Kota Belud, Papar, Beaufort, Sandakan, Keningau, Ranau, Kuala Penyu, Tenom, Tuaran, Tawau, Putatan, Sipitang, Beluran, Kinabatangan dan Lahad Datu,” katanya.
Berdasarkan laporan perkembangan semasa COVID-19 bagi ME 49/2023, daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan sebanyak 82 kes berbanding hanya enam kes pada minggu sebelumnya, diikuti daerah Penampang sebanyak 21 kes berbanding tiada kes direkodkan pada ME 48 dan daerah Papar dengan 18 kes pada minggu lalu, berbanding hanya lima kes pada minggu sebelumnya.
Dr Joachim bagaimanapun berkata, tiada kes kematian akibat COVID-19 di Sabah sepanjang dua minggu lalu, manakala jumlah pesakit yang dirawat di hospital ketika ini ialah 118 orang.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Konsert Ed Sheeran, bersediakah Stadium Nasional ‘dilanyak’ lagi?
- Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam
- Meerqeen bingung digelar ‘playboy’
- Ibu subahat beri suami rogol anak tiri
- 8 MP PN akan isytihar sokong PM – Syed Hussin
- Henti kongres bumiputera bukan kenyataan saya – Lian Ker
- Anwar berbeza dengan tiga PM sebelum ini – Zahid
- Mana ada Terengganu dianaktiri
- Tubuh pasukan bebas siasat dakwaan Ayob
- Sultan Johor tolak Hasni sebagai MB untuk tegakkan kuasa raja
- Sultan Ibrahim beri amaran akan ‘buru’ semua orang yang korup apabila dilantik sebagai Agong
- Sultan Ibrahim mahu Projek HSR yang diilhamkan Najib dikembalikan semula
- Ibu Danial Akmal akan ambil tindakan undang-undang kes buli di asrama ASiS
- Anak durjana tikam dan bunuh ibu bapa warga emas
- Tikam kepala, leher dan muka
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Notis jabatan kerajaan: ‘Jangan skandal dengan suami, isteri orang’