Gaduh dalam upacara keagamaan, 3 lelaki ditahan polis

Gaduh dalam upacara keagamaan, 3 lelaki ditahan polis

Tiga lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit pergaduhan di hadapan sebuah kuil di Alma, Bukit Mertajam, tengah malam Ahad.

Video insiden pada 12.05 tengah malam ketika orang ramai melakukan upacara keagamaan itu tular di media sosial pagi tadi.



Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Tan Cheng San, berkata ketiga-tiga lelaki terbabit berusia antara 21 hingga 25 tahun.

“Sekumpulan lelaki ini bergaduh antara satu sama lain dengan memukul menggunakan tangan dan kerusi.

“Ketika itu, terdapat orang ramai yang berada di kuil bagi melakukan upacara keagamaan,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.

Katanya, dua video berdurasi 14 dan 27 saat yang dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter berhubung insiden itu kemudian tular sekitar 10.15 pagi



“Tiga suspek itu kini direman selama empat hari hingga Rabu.

“Punca pergaduhan masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Gaduh dalam upacara keagamaan, 3 lelaki ditahan polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi



Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker