Mukhriz Pindahkan Wang RM13juta Milik MBI Kedah ke Kanada?

Oleh Nurul Aisyah

PANAS pendedahan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. Kerajaan negeri yang mendakwa wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM13 juta dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir memegang jawatan Menteri Besar.

Memetik sumber, Muhammad Sanusi berkata, wang berkenaan dipindahkan Mukhriz ke akaun di Kanada dan terdapat slip pemindahan masih disimpan pihaknya sebagai bukti.

“Saya tak ungkit hal lama, ini zaman Mukhriz jadi Menteri Besar, bila dibangkitkan baru saya jawab hal lama pemindahan wang MBI sebanyak RM13 juta ke satu akaun luar negara di Kanada.

Saya tak pernah sebut pada sesiapa pun, hari ini baru saya sebut dan slip bank pemindahan wang itu saya ada simpan,” katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Selepas Muhammad Sanusi mengambil alih pentadbiran negeri tahun lalu, pihaknya terpaksa mengeluarkan RM1.3 juta sebagai bayaran kuih raya yang dibeli kerajaan terdahulu.

“Bila saya jadi kerajaan, dibawa dalam Mesyuarat EXCO untuk bayar satu perbelanjaan yang dibuat penasihat Menteri Besar sebelum ini untuk bekalkan kuih raya.

“Harga begnya lebih mahal daripada kuih raya menyebabkan kita terpaksa bayar hingga RM1.3 juta. Sebab itu saya kata beliau bukan dikelilingi penasihat tetapi ‘punah sihat’ kerana harga beg lagi mahal daripada kuih,” katanya.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, dakwaan beliau memindahkan wang milik MBI berjumlah RM13 juta ke akaun luar negara dianggap sebagai tuduhan yang serius.

Bagi memberi keadilan kepada semua pihak, perkara ini perlu dilaporkan kepada polis. Dan kes ini perlu dibawa ke mahkamah dengan segera. Jika bukti slip pemindahan yang dibuat oleh Mukhriz wujud, pendakwaan tidak boleh ditangguh lagi. Mukhriz lah yang sebenarnya merupakan kluster mahkamah.

Sebelum ini Mukhriz dan bapanya dilihat membuat tuduhan secara bersiri kononnya Datuk Seri najib mencuri wang 1MDB. Sehingga ke hari ini perkara tersebut tidak dapat dibuktikan kerana ianya tidak berlaku. Kini wang berjumlah 13juta yang dikatakan dipindahkan oleh Mukhriz ke akaun di Kanada pula yang mempunyai bukti slip pemindahan. Slip tersebut masih disimpan Menteri Besar Kedah Haji Muhammad Sanusi. Kifarah itu pasti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker