Buang sahaja perkataan ‘wanita’ dalam KPWKM – Azalina

Buang sahaja perkataan ‘wanita’ dalam KPWKM – Azalina

Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun agar membuang sahaja perkataan ‘wanita’ dalam kementeriannya, hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, gesaan itu ekoran tindakan Rina yang hanya mampu tersenyum dalam video tular yang dianggap merendah-rendahkan kaum wanita.

“YBM, elok @KPWKM ditukar kpd “Kementerian Pembangunan Keluarga”, buang je perkataan “wanita”. Senang kerja.

“Rugi semua usaha Kementerian dlm isu Menentang Keganasan thdp wanita bagai Mencurah Air ke Daun Keladi. Kesian,” katanya di Twitter beliau hari ini.

Azalina merujuk kepada satu video yang dimuat naik Ahli Parlimen Titiwangsa itu yang memaparkan Rina dan pegawai KPWKM bersama pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang mempersendakan golongan wanita dengan menggunakan ayat kurang sopan seperti “suka bangun lambat”, “wanita semua lambat”, “aku nak belasah kepala korang” .

Video itu rupanya adalah promosi yang dilakukan Rosyam untuk mengajak orang ramai menghadiri Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bermula hari ini.

Video itu mendapat reaksi daripada Ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh yang sedih melihat agensi dan kumpulan sasar di bawah kementerian itu dipergunakan Rina untuk tujuan promosi sedemikian rupa.

“Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.

“Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita.

“Yang harus ‘bangun daripada tidur’ adalah Rina Harun dan Timbalan Menteri beliau (Siti Zailah Yusoff daripada PAS). Tiga tahun sudah melebihi tempoh percubaan untuk mereka ‘bangkit’ buat kerja,” katanya dalam satu kenyataan. MG

Buang sahaja perkataan ‘wanita’ dalam KPWKM – Azalina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker