Wan Muhamad Noor dipilih Speaker Dewan Thailand

Wan Muhamad Noor dipilih Speaker Dewan Thailand

BANGKOK: Ketua Parti Prachachat, Wan Muhamad Noor Matha dipilih sebagai Speaker Dewan Thailand yang baharu, semalam.

Wan Muhamad menang tanpa bertanding selepas pemimpin Parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mencalonkannya.



Mengikut prosedur pemilihan, sekiranya terdapat hanya satu pencalonan, maka individu akan dipilih secara automatik.

Namun, pemilihan beliau masih belum diperkenankan oleh raja negara ini.

Bagaimanapun, ia akan membuka jalan kepada Speaker Dewan atas kapasitinya sebagai Presiden Parlimen untuk mengadakan sidang bersama Dewan rakyat dan Dewan Negara bagi memilih perdana menteri baharu.

Sehingga kini, kerajaan Thailand masih dipimpin Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha biarpun beliau kalah besar dalam pilihan raya umum lalu.



Wan Muhamad dalam ucapan riangkasnya kepada Ahli parlimen berikrar untuk melaksanakan tugasnya dengan adil dan saksama, jujur serta telus, mengikut Perlembagaan, undang-undang dan peraturan Parlimen.

Beliau juga berjanji untuk mematuhi nasihat raja yang diberikan ketika mempengerusikan pembukaan rasmi sidang parlimen berikutan pilihan raya umum pada 14 Mei lalu.

Katanya, beliau akan berunding dengan dua timbalannya mengenai garis panduan untuk melaksanakan tugas perundangan, bagi membolehkan semua Ahli Parlimen melakukan tugas mereka bagi kepentingan awam.

Selain itu, Wan Muhamad juga menyatakan kesediaan untuk menyokong dan mempromosikan stesen TV dan radio Parlimen sebagai suara rakyat bagi memperjuangkan demokrasi.



Sementara itu, pemilihan dua Timbalan Speaker juga akan mengikut prosedur pemilihan yang sama. Utusan

Wan Muhamad Noor dipilih Speaker Dewan Thailand

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sakan berpeluk, Yasmin Hani dan Alif Hadi disaran kahwin cepat

Alif Satar tidur tepi jalan, tak mandi dua malam di Muzdalifah



Ajai bergelek atas pentas bersama Elly dan Rina Nose (Video)

Fouziah Gous bengang rakan artis liat bayar hutangnya (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker