RM11 bilion wang tak dituntut rakyat – Ahmad Maslan

Timbalan menteri kewangan berkata sebanyak RM3.2 bilion wang tidak dituntut dibuat bayaran balik.

RM11 bilion wang tak dituntut rakyat – Ahmad Maslan

Sebanyak RM11 bilion wang tidak dituntut (WTD) direkodkan setakat Mac tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.

Beliau berkata, bagaimanapun sebanyak RM3.2 bilion WTD dibuat bayaran balik.



“Bayaran dibuat kepada empunya membabitkan akaun simpanan, insurans, deposit dan lain-lain.

“Sebanyak 354,912 permohonan tuntutan dalam talian diterima,” katanya pada sidang media di Jabatan Akauntan Negara (JANM).

Beliau berkata, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap isu itu, JANM membangunkan aplikasi mudah alih iaitu eGumis Mobile yang dijangka boleh digunakan pada suku ke-4 tahun ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata kerajaan bercadang meminda Akta Wang Tak Dituntut 1965.



Beliau menjangkakan akta itu akan dibentangkan hujung tahun ini di Dewan Rakyat.

“Ini bagi tujuan melancarkan operasi pengurusan WTD supaya lebih cekap dan efisien serta dapat meningkatkan pematuhan syarikat/firma terhadap Akta Wang Tidak Dituntut 1965,” katanya.

Ahmad berkata, antara cadangannya adalah untuk meminda tempoh pindahan ke akaun hasil disatukan dari 15 ke 10 tahun.

Jamal belum bersalah



Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata pelantikan Jamal Yunos sebagai ahli jawatankuasa Umno tidak menjadi masalah walaupun disiasat atas dakwaan sogokan untuk memenangi jawatan ketua Umno Sungai Besar.

Beliau berkata, ini kerana Jamal belum didapati bersalah.

“Itu perkara kecil sahaja. Dia belum didapati bersalah, sudah tentulah boleh,” katanya.

Semalam, Jamal memaklumkan pelantikannya itu selepas menerima watikah daripada Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin.



Isnin lalu, Utusan Malaysia melaporkan Jamal dipercayai dipanggil bagi pendengaran Lembaga Disiplin Umno apabila didakwa menyogok 12 perwakilan untuk mengundinya pada pemilihan parti.

Kekal tak benar keluar KWSP

Sementara itu, Ahmad mengulangi kerajaan kekal dengan pendirian tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar.

Bagaimana, beliau berterima kasih dengan cadangan bekas menteri kewangan, Johari Abdul Ghani supaya kerajaan mempertimbang cadangan pengeluaran KWSP dibuat secara terus berbanding dijadikan cagaran untuk pinjaman bank.



Ahmad menegaskan, walaupun Akaun 1 tidak dibenarkan keluar, tetapi Akaun 2 masih dibenarkan untuk pengeluaran. FMT

RM11 bilion wang tak dituntut rakyat – Ahmad Maslan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker