Era Mahathir, Ku Li sudah berlalu – ISMA

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah mahu mewujudkan kerajaan perpaduan hanya akan merumitkan rakyat Malaysia.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya, kedua-dua tokoh itu sudah berada di usia ‘senja’ dan sepatutnya berehat apatah lagi sibuk menjadi pencatur politik negara.

“Era mereka sudah berlalu dan pemikiran mereka sudah tidak lagi relevan untuk politik masa ini malah kerosakan dan kecamukan yang kita lihat pada hari ini banyaknya berpunca daripada mereka juga.

“Jadi, apa lagi kita mahu harapkan daripada mereka ini. Kita perlukan politik baharu, pemikiran baharu dan sikap baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mahathir dan Tengku Razaleigh dalam satu sidang media bersama menggesa semua ahli Parlimen menolak bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 (Belanjawan) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi dan Ahli Parlimen Gua Musang itu, langkah itu wajar susulan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyidddin Yassin sudah goyah dan mempunyai majoriti tipis dalam Parlimen.

Malah Mahathir menjangka kerajaan Muhyiddin akan tumbang dan ia perlu digantikan dengan kerajaan perpaduan bagi memajukan semula negara dan kedua-dua tokoh itu sedia menawarkan diri ke arah itu.

Dalam pada itu, Aminuddin tidak melihat kerajaan perpaduan akan menyelesaikan masalah dan kekusutan yang melanda negara sekiranya masih diisi oleh pemimpin-pemimpin sama yang membawa idea, pemikiran dan sikap lama.

“Kita sudah saksikan mereka ini tidak pernah berubah dan tidak sudi untuk berubah pun. Ini cuma hanya akan bertukar tampuk pemerintahan sahaja tetapi mengusutkan keadaan dengan proses perubahan lagi sekali.

“Saya banyak kali ulangi, bahawa menunggu PRU-15 itu adalah terbaik bagi kita semua. Namun, mestilah menunggu dengan sabar kerana tempoh bagi penggal ini sudah tidak lama dan bukannya memaksa PRU-15 berlaku dalam masa terdekat dengan pelbagai cara,” katanya.

Aminuddin mendakwa kedua-kedua tokoh itu hanya suka mencatur dan berebut kuasa lebih daripada berkhidmat untuk rakyat menunjukkan mereka hanya tamak kuasa yang tidak pernah cukup demi kepentingan diri dan parti.

“Lebih malang, yang sudah dapat jawatan pun masih berasa tidak cukup kerana sentiasa mahukan lebih sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diberi itu.

“Malang sekali kita semua kerana mempunyai pemimpin sebegini. Rakyat sedang menderita menagih simpati tetapi mereka yang berada di kerusi empuk masih tidak sedar diri sibuk menagih kuasa.

“Saya menyeru agar ahli-ahli politik yang masih waras untuk berfikir sejenak akan segala implikasi yang akan berlaku,” katanya lagi. MG

Benarkah kita di era Malaysia Baru ?

Related Articles

One Comment

  1. Sapa madey dan Ku Li ni? Oh ye…baru ingat…sorg mamak belukang dan sorg lg melayu celup..! X pyhlah nk tunjuk baguih. Satu malaya dh tau sapa kamu berdua dan apakah kedurjanaan yg tlh kamu lakukan terhadap negara ini. Kes Perwaja steel, BMF dll kemusnahan yg kamu lakukan masih x dpt dilupakan. Berehatlah kamu berdua dan beramal ibadat. Talut x sempat nk taubat.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker