Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak

Tun Mahathir dan Tun Daim menjadi perhatian dalam negara selepas disiasat SPRM

Tiada warganegara atau keluarga seharusnya jadi lebih kaya daripada negara, kata bekas menteri Salleh Said Keruak.

Dia berkata ini kerana individu atau keluarga itu kemudiannya boleh memberi pengaruh yang tidak wajar terhadap negara dan tadbir urusnya.

“Kita tidak seharusnya membenarkan keadaan di mana rakyat atau keluarga persendirian boleh menjejaskan kepentingan awam negeri atau negara serta demokrasi.

“Tetapi jika rakyat atau keluarga persendirian jauh lebih kaya daripada perbendaharaan negara, mereka boleh mengawal dan mempengaruhi keputusan utama kerajaan serta sistemnya,” katanya di Facebook, tanpa menamakan sesiapa.



Pada 21 Dis, SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan bernilai komersial tinggi yang terletak di Kuala Lumpur.

Bangunan itu dimiliki oleh keluarga bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, yang juga sekutu rapat bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pada 9 Jan, SPRM mengesahkan bahawa Daim dan keluarganya sedang disiasat berhubung pendedahan mengenai kekayaannya dalam Kertas Pandora.

Pendedahan mendapati bahawa dalam rekod itu sahaja – anak Daim, isteri, atau rakan perniagaan yang dikenali bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya £25 juta (kira-kira RM141 juta).



Pada 18 Jan, SPRM menyoal anak sulung Mahathir, Mirzan, untuk membantu siasatan berhubung kebocoran Kertas Panama.

Suruhanjaya itu berkata notis turut dikeluarkan kepadanya di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009, yang memerlukannya mengisytiharkan semua aset alih dan tak alih di Malaysia dan luar negara dalam tempoh 30 hari.

Mahathir mengecam siasatan itu dan menyifatkannya sebgai penganiayaan politik terhadapnya dan keluarganya, dengan mendakwa bahawa salah seorang anaknya diugut hukuman penjara lima tahun.

Sehubungan itu, Salleh berkata pentadbiran sekarang mahu mewujudkan tadbir urus yang baik dan pengagihan kekayaan yang saksama bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat.



“Ini, pada pendapat saya, adalah apa yang kerajaan mahu beri jaminan kepada rakyat.

“Oleh itu, mereka mungkin memerlukan rakyat atau keluarga tertentu yang mempunyai harta yang besar untuk mengisytiharkan harta mereka bagi memastikan sejauh mana kekayaan mereka.

“Usaha ini boleh memberi kesan jangka panjang yang positif kepada rakyat dan negara,” kata bekas ketua menteri Sabah itu.

“Dan amalan pengisytiharan aset yang betul dan percukaian yang adil adalah pendekatan yang positif dan semua pihak harus mengalu-alukannya – terutamanya golongan kaya,” tambahnya.



MK

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker