Nahas Elmina: Hero sebenar datang melawat, beri nama Oyen Elmina

Oyen Elmina menerima kunjungan daripada pasukan ambulan KKM yang bertindak menyelamatkannya ketika nahas berlaku.

Seekor kucing yang ditemui di lokasi nahas melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, dikunjungi pasukan penyelamatnya, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagram doktor veterinar, Dr. Zulerwan, pasukan ambulan Kementerian Kesihatan (KKM) itu datang ke Zul Erwan Veterinary Clinic untuk melawat kucing tersebut yang diberi nama Oyen Elmina.

“Sebentar tadi klinik ada menerima lawatan daripada wakil team ambulan KKM yang menyelamatkan Oyen tempoh hari.

“Mereka adalah Mohd Azwa Mohd Zain, Arlyia dan yang tiada dalam gambar ialah Richie Bobby Bujang serta Tommy Leo Rahsak.

“Mereka adalah hero sebenar kepada Oyen Elmina,” kongsinya.

Sebelumnya Kosmo! melaporkan, Oyen Elmina berada keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.

Zulerwan yang merawat kucing tersebut memaklumkan proses memulihkan kecederaan haiwan itu masih lagi dijalankan.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa tiada sebarang kutipan derma dilaksanakan bagi tujuan rawatan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker