Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kilang cedera parah selepas diserang beberapa lelaki dipercayai bersenjata tajam semasa sedang membeli laksa di sebuah gerai di Taman Merak, Simpang Ampat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, mangsa, lelaki berusia 25 tahun tersebut dipercayai diserang oleh enam individu yang memakai topeng muka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa dikatakan pergi ke sebuah gerai untuk membeli laksa sebelum saksi melihat dia berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam.

“Mangsa dikatakan dikejar oleh beberapa lelaki yang pakai baju lengan pendek dan bersarung muka.

“Saksi mendakwa mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, sejurus suspek beredar, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini dan berada dalam keadaan kritikal apabila mengalami kehilangan banyak darah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tetakan pada kedua-dua belah tapak tangan, kesan toreh pada kedua-dua belah paha dan tetakan pada belakang kepala mangsa.

“Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu, manakala tiada liputan televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, kejadian berkenaan tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi rakaman video memaparkan keadaan mangsa yang terbaring dan berlumuran darah selepas ditetak. K Online

Lelaki parah kena tetak semasa beli laksa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker