Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Shukri Yahaya mengakui kesilapannya dan memohon maaf apabila bersetuju melakonkan adegan panas di dalam bilik mandi

PELAKON popular, Shukri Yahaya mengakui kesilapannya dan memohon maaf apabila bersetuju melakonkan adegan panas di dalam bilik mandi menerusi drama bersiri berjudul Layang-Layang Perkahwinan.

Jelas bintang berusia 36 tahun itu, dia tidak meneliti terlebih dahulu keperluan melakukan babak tersebut dan hanya mengetahuinya ketika berada di set penggambaran.

“Saya memang teruja untuk buat drama ini kerana pengarahnya, Eyra Rahman dan olahan skrip daripada drama terkenal dari Indonesia iaitu Layangan Putus.

“Saya akui ketika itu saya tidak fikir tentang sensitiviti masyarakat. Jadi saya minta maaf kerana saya hanya manusia biasa yang melakukan kesilapan. Saya janji takkan ulangi lagi, ia kali pertama dan terakhir.



“Saya harap sangat kepada penyokong sentiasa bagi ruang dan peluang untuk saya perbetulkan kesalahan dalam dunia lakonan tanah air,” katanya.

Shukri berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan temu bual eksklusif bersama barisan pelakon Layang-Layang Perkahwinan di Restoran Rebung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Tambah bapa kepada dua cahaya mata itu, dia tidak gemar membaca skrip dan hanya menginterpretasikan sesuatu karakter atau watak di set penggambaran.

“Ini kerana saya suka buat kejutan untuk diri sendiri ketika membayangkan babak-babak yang saya bawa.



“Namun setelah adegan siap disunting baru saya sedar ia sensitif, tetapi mujur isteri iaitu Tya Adnan tiada masalah dan dia okay sahaja,” jelasnya.

Layang-Layang Perkahwinan ditayangkan di Astro Ria bermula 8 Januari lalu setiap Isnin hingga Khamis berkisahkan selok-belok hubungan pasangan suami isteri dan cabaran heroinnya, Ezannie Jasny sebagai Saida Amanda dalam mengejar perkahwinan yang sempurna, mengemudi pengkhianatan, konflik dan rahsia

Drama dengan 28 episod itu turut dibarisi pelakon handal seperti Alya Iman, Keith Foo, Arash Mohd, Datin Nina Juren, Lisdawati, Aishah Ilyas dan ramai lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker