PRU-15: PAS senada dengan PH tidak akan bubar DUN

SHAH ALAM: PAS membuat ketetapan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri ditadbir parti itu sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketetapan itu menyusul selepas negeri dikuasai Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang membuat keputusan sama, semalam.

“Sekiranya Parlimen dibubarkan pada waktu ini, tiga negeri bawah pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan.



“Yang saya difahamkan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan turut bubar,” katanya dalam ucapan semasa Majlis penyerahan Watikah Ketua Bahagian Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, malam tadi.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan semua ketua bahagian PN untuk bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen.

“Bermakna Selangor ada dua kali peperangan yang tuan-tuan kena sedia bagi menawan. Pertama kita tawan Parlimen, yang kedua kita tawan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika majlis penyerahan watikah itu, berkata tidak semestinya mereka yang ditugaskan menyelaras Parlimen akan menjadi calon di kawasan itu.



Menurutnya, pelantikan tersebut bagi memudahkan pengurusan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sambil menambah dalam PN semua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Ia adalah keputusan parti, tapi soal rundingan parti kita akan selesaikan. Kemungkinan mungkin di situ ketuanya PAS dan calon kita akan tentukan semasa peringkat rundingan kerusi,” katanya.

Muhyiddin turut memaklumkan PN sedang merangka manifesto bagi lima tahun ke depan dan akan dibentangkan ketika hampir PRU.

Katanya, manifesto itu merangkumi semua bidang, antaranya kesihatan, penyakit dan ekonomi.



“Ini antara kita akan beri pertimbangan selain banyak hal lain. Macam biasa PRU akan sediakan manifesto,” katanya.

Beliau turut berkata, “tiada rahsia antara kami” melibatkan parti bawah PN – merujuk pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Muafakat Nasional (MN).

“Tiada rahsia antara kami dalam PN. Kalau saya bertemu sesuatu, dapat keputusan sesuatu, saya akan kembali dan melaporkan secara terperinci apa yang sudah saya lakukan…

“Macam terkini ada berbincang dengan pihak yang di sana (Umno), Hadi maklumkan kepada saya. tak jadi apa-apa pun… semua kita bincang secara terbuka,” katanya



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker