Warisan sedia hadapi PRU-15 bila-bila masa walaupun bergerak solo

Parti Warisan (Warisan) sekali lagi memberi bayangan akan bergerak solo bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan Warisan, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari berkata, pendirian parti cukup jelas bahawa Warisan hanya akan bekerjasama dengan rakyat seperti berulang kali dinyatakan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Beliau berkata, Warisan sentiasa bersiap sedia sekiranya PRU diadakan pada bila-bila masa.



Katanya, jentera parti serta pusat daerah mengundi (PDM) di setiap Parlimen telah dibentuk bagi melakukan gerak kerja memenangi seberapa banyak kerusi pada pilihan raya ini.

Pelancaran jentera pilihan raya Warisan akan diadakan di Medan Selera Yun Lee, Tenom pada 22 Oktober, pukul 10 pagi.

Menurut beliau, kemelut politik tanah air yang tidak berkesudahan perlu ditamatkan dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berulang kali mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen dan terkini, selepas berjumpa dengan ketua-ketua Bahagian UMNO membayangkan perjumpaan tersebut adalah perjumpaan terakhir dengan pemimpin UMNO sebelum Parlimen dibubarkan.



Malah, dijangka Perdana Menteri akan menghadap Yang diPertuan Agong untuk memohon perkenan agar Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Sekiranya diperkenankan, negara akan berdepan dengan PRU15 yang dijangka diadakan pada bulan November.

“Saya menyarankan semua pengundi khususnya di Sabah agar membulatkan tekad untuk mengundi Warisan demi kestabilan politik dan kemajuan negeri Sabah.

“Rakyat Sabah dahagakan pembangunan maka, rakyat tidak harus diheret ke kancah ketidakstabilan politik di Semenanjung Malaysia akibat kerakusan merebut kuasa antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional ( PN) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas itu berkata, selama 26 bulan Warisan Plus memerintah Sabah, mereka berjaya membawa perubahan besar dalam menuntut hak-hak negeri seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tapi malangnya, tempoh pemerintahan kerajaan Warisan tidak dapat bertahan lama akibat lompatan katak-katak politik yang akhirnya mengakibatkan kerajaan Warisan tumbang.

Jelas beliau, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukanlah sebuah gabungan parti tempatan kerana ia diterajui oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker