Tembak rakan baik, anggota RELA direman tujuh hari

 

Tembak rakan baik, anggota RELA direman tujuh hari. Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dipercayai menembak rakan baiknya sehingga maut dengan menggunakan senapang patah direman tujuh hari bermula Sabtu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Suspek berusia 57 tahun yang memakai pakaian lokap oren tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Marang di sini pada jam 10.35 pagi.

Suspek yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas melarikan diri dengan menaiki sebuah jip di kawasan kebun Durian Mentangau, Dungun kira-kira jam 4.20 petang pada Jumaat.

Turut dirampas bersama suspek ialah selaras senapang patah dipercayai milik Rela yang digunakan untuk menembak mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Jumaat, mangsa, Fong Swee Fuan, 65, yang juga Timbalan Pengerusi KRT Wakaf Tapai ditemui maut dalam keadaan terduduk di atas kerusi di sebuah pondok Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Raya Wakaf Tapai di sini.



Anak saudara mangsa, Teo Hock Beng, 45, yang cedera parah di bahagian dada kini menerima rawatan di Hospital Hulu Terengganu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut, manakala anak saudaranya cedera parah ditembak rakan baik menggunakan senapang patah dalam kejadian di sebuah pondok Kawasan KRT Taman Raya Wakaf Tapai di sini.

Tembak rakan baik, anggota RELA direman tujuh hari

 




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rina langsai hutang RM1.3 Juta, Ahli Parlimen minta SPRM jelaskan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker