Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama

 

Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama. Apa jaminan Menteri Kewangan sekiranya Lembaga Tabung Haji (TH) dipindahkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM), bolehkah fungsi asal agensi itu dapat diteruskan seperti sediakala?

Demikian persoalan diutarakan Ketua Perhubungan ISMA Negeri Johor, Mohd Tahir Hamdan susulan bimbang dengan cadangan terbaharu Kementerian Kewangan.

Beliau menegaskan, TH adalah sebuah institusi yang ditubuhkan bukan sahaja sebagai tempat orang Islam menyimpan wang mereka, tetapi juga satu institusi yang membina kekuatan ekonomi orang Islam. 

“Dengan meletakkan LTH di bawah BNM, adakah fungsi ini dapat dimainkan?,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Tahir turut meluahkan kebimbangan jika agensi itu akan ditadbir urus oleh orang bukan Islam sekiranya berada di bawah BNM.

“Umum mengetahui bahawa kakitangan BNM tidak semuanya orang Islam. Adakah akhirnya TH akan diurus tadbir oleh orang bukan Islam? 

“Apakah kepentingan umat Islam dapat difahami dan dijamin jika ianya ditadbir oleh bukan Islam?,” soalnya.

Sebagai alternatif kepada cadangan Kementerian Kewangan, beliau berpandangan bahawa bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang perlu diperluaskan sebagai asas model negara Islam. 

“Sebenarnya di bawah jabatan ini telah lengkap dari sudut perundangan, dakwah dan ekonomi. Ianya boleh menjadi model negara Islam sekiranya diurus tadbir dengan cemerlang oleh orang yang berkelayakan dalam setiap agensi.

“Sebelum negara melaksanakan syariat Islam, hal ehwal umat Islam harus  diamanahkan kepada Menteri Agama. Manakala di peringkat negeri, ianya di bawah bidang kuasa sultan di negeri masing-masing,” katanya.

Beliu turut mencadangkan agar agensi-agensi di bawah Menteri Agama diperkukuhkan, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), TV Al-Hijrah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yayasan Waqaf, Jabatan Zakat, Jabatan Kehakiman Syariah dan TH.

Justeru, katanya, lantikan Menteri Agama yang profesional dan mempunyai wibawa memperjuangkan Islam adalah sebuah langkah ke hadapan untuk menjayakan agenda ini.

Kementerian Kewangan sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

Selamatkan TH, perkukuh bidang kuasa menteri agama


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat helikopter rentas negeri ambil pesanan nasi ganja

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker