Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir

Sebaran :

Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa tidak mudah bagi rakyat Malaysia untuk memasuki Gaza, Palestin dalam pelbagai misi bantuan terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Menurutnya, ini termasuklah dirinya yang masih belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke Gaza atas pelbagai sebab terutamanya berkaitan soal keselamatan meskipun ketika tempoh beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menyatakan bahawa terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk memasuki kawasan terbabit termasuk mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Mesir.

“Kalau nak masuk (ke) Gaza bukan mudah tetapi (tetap) ada cara-cara (dia), kalau kita boleh bekerjasama dengan Mesir umpamanya, kita boleh masuk dari (sempadan) Mesir (ke Gaza), jadi ada dua tiga orang (pemimpin juga saya difahamkan) yang berjaya masuk, bahkan saya fikir (Perdana Menteri ketika ini), (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) biasa masuk.

“Itu semua terpulang kepada authority (pihak berkuasa) di situ, kalau dia nak terbang (atau memulakan perjalanan) dari Mesir, dia kena dapat kebenaran dari (pihak kerajaan) Mesir.

“Saya rasa Gaza terima lawatan daripada sesiapa pun, tetapi yang sekat (adalah) Israel dan kadang-kadang Mesir pun tak bagi lalu (atas faktor keselamatan),” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Penyerahan Bakul PERMAI di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi, di Kuah pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa amalan untuk menggunakan agen atau pihak tertentu dalam usaha memasuki Gaza adalah perkara biasa dan ada dalam kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran yang tinggi kepada individu-individu dari Malaysia..

Terdahulu, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengatakan beliau menyukarkan usaha pihak lain untuk masuk ke Gaza selepas misi kemanusiaannya baru-baru ini, sebagai satu fitnah besar yang melampau.

Dalam satu sesi soal jawab secara maya hari ini, Ebit berkata, apa yang terjadi adalah sebaliknya kerana kerjasama dan usaha yang dilakukan antara kerajaan Malaysia dan Mesir, akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak lain yang berhasrat masuk ke Gaza selepas ini.

Dalam masa yang sama, Ebit juga menafikan dakwaan beliau menggunakan duit rakyat Malaysia untuk memudahkan perjalanannya di sana.

Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir mahu jadi saksi kes rasuah Syed Saddiq


Sebaran :

One thought on “Bukan mudah nak masuk Gaza, saya pun tak lepas – Mahathir

  • konon anti yahudi zionis tapi mempetahankan george soros kata tak bersalah(selepas kata bersalah) menyebabkan ringgit & ekonomi Malaysia jatuh pada tahun 1997 dahulu…patutlah Allah tak benarkan/izinkan tua kutuk itu jejakkan kaki di bumi Palestin…DS Najib yang kamu kata & tuduh macam2 boleh dapat jejakkan kaki…kalau ada yang tak suka aku kata Allah tak izinkan tua kutuk itu jejakkan kaki di bumi Palestin sudah tentulah disebabkan kebaculan takut mati tua kutuk itu untuk jejakkan kaki walaupun telah diberi kesempatan/kebenaran oleh pihak berkuasa Mesir & Palestin

    Reply

Leave a Reply