Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan

Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan. Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sukar untuk mengurangkan jumlah kes baharu COVID-19 yang kini sudah mencatatkan lima angka untuk sembilan hari berturut-turut.

Namun beliau percaya, sekiranya kerajaan mengikut cadangan parti itu supaya tidak melibatkan ahli politik dalam mengatur pelan membendung COVID-19, keadaan pasti berbeza.

“Saya akui bahawa amat sukar untuk kurangkan jumlah pesakit baharu ini, memang saya akui kerana angka sudah menjadi terlalu besar.

“Tetapi saya masih berpendapat bahawa kalau diadakan satu penubuhan majlis yang kami cadangkan ini yang dianggotai oleh orang bukan politik, saya yakin kita dapat cari jalan yang boleh menolong kurangkan kes jumlah pesakit baharu.

“Itu kepercayaan kami, tetapi kami tidak diberi kepercayaan oleh kerajaan. Sebaliknya kerajaan cuba tiru pendapat kami tetapi peniruan mereka itu tidak mendatangkan apa-apa hasil,” ujarnya dalam sidang media secara maya Pejuang, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berkata banyak saranan yang telah diberikan kepada kerajaan dalam meredakan situasi COVID-19, namun ia tidak diambil perhatian.

“Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) ada datang jumpa saya untuk bertanya macam mana nak kurangkan jumlah pesakit ini.

“Saya telah cerita apa yang saya tahu, berkenaan dengan cara untuk menangani masalah ini tetapi nampaknya mereka tidak melaksanakan pendapat yang kami berikan.

“Sebaliknya jumlah meningkat sehingga 13,000 sehari. Jadi, jelas sekali bahawa kerajaan tidak ada kebolehan untuk memikir cara menangani masalah COVID-19.

“Malah, kalau ada cara pun nampak kerajaan tidak faham cara mana untuk laksanakan pendekatan yang kita cadangkan,” tambah Ahli Parlimen Langkawi itu.

Beliau dalam pada itu masih mempertimbangkan keperluan untuk Ahli Parlimennya hadir ke sidang Parlimen akan datang sekiranya sesi pembentangan usul dan perbahasan tidak dibenarkan.

Ini kerana beliau menyifatkan sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak dibenarkan.

Cadangan tidak dipeduli, Mahathir akui ‘berang’ dengan kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


The golden age of Umno is on the wane

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker