Kes rasuah, bring it on – Syed Saddiq

Kes rasuah, bring it on – Syed Saddiq

Saya rela masuk mahkamah dari masuk PN, kata Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyuarakan kesediaan didakwa di mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional.

“Saya lebih rela masuk mahkamah dari masuk Perikatan Nasional. Jumpa di Mahkamah KL esok 8 pagi dan secara langsung di Facebook, Instagram 8 malam untuk pendedahan saya,” katanya di Twitter.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan itu akan datang. Pada Julai, Disember, Januari dan sekarang seminggu sebelum Parlimen bermula.

“Berani kerana benar… Ketika keadaan seperti inilah yang menjadi peringatan mengapa saya menyertai politik.”

Bekas menteri belia dan sukan itu mendakwa sudah lebih setahun beliau diugut untuk didakwa di mahkamah jika tidak serta Perikatan Nasional (PN).

Kenyataannya itu susulan laporan bahawa seorang bekas menteri akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur esok berkenaan satu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang dikaitkan dengan penyelewengan lebih RM1 juta milik sebuah parti politik.

Menurut sumber, siasatan ke atas Ahli Parlimen itu dijalankan sejak Jun 2020 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang berjumlah RM250,000 dalam simpanannya.

Beliau sebelum ini mendakwa wang yang hilang di rumahnya di Petaling Jaya adalah wang peribadi beliau dan ibu bapanya. FMT

Kes rasuah, bring it on – Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cubaan cari jodoh di PPV gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker