Langgar SOP punca Kedah capai 800 kes

Langgar SOP punca Kedah capai 800 kes, kata Sanusi

Kedah hari ini merekodkan rekod tertinggi jangkitan harian Covid-19 dengan 800 dengan lebih daripada separuh bilangan itu akibat kontak rapat.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, walaupun lonjakan kes jangkitan itu telah dijangka memandangkan ujian pengesanan kontak yang dipertingkatkan, 480 kes akibat kontak rapat itu menunjukkan ramai yang tidak mematuhi SOP.

“Lonjakan kes ini akibat kontak rapat baharu, bererti SOP tidak dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, peningkatan vaksin kini diperlukan, memandangkan kadar vaksinasi di negeri itu pada kadar kira-kira 15% daripada 1.76 juta populasi disasarkan (daripada keseluruhan 2 juta).

Sanusi berkata, kadar jangkitan melibatkan mereka yang telah divaksinasi menunjukkan kebanyakannya dalam Kategori 1 dan 2, dan sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan. Menurutnya ini menunjukkan vaksin mampu mengurangkan kadar kematian.

“Kita perlu memfokuskan terhadap merawat tahap jangkitan yang lebih teruk, manakala kuarantin kendiri bagi mereka yang berada di tahap 1 dan 2. Semua negeri termasuk Kedah melihat peningkatan kes akibat pengesanan dan saringan kontak rapat.

“Kadar kepositifan di Kedah tidak melebih 10%, kita kini antara 7% hingga 8.5%. Saya percaya sebaik imuniti kelompok dicapai menerusi vaksinasi, kes serius akan jauh berkurangan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu di Pulau Pinang, jangkitan harian menurun daripada lebih 500 kes, dua minggu lalu, kepada antara 362 hingga 400 hari ini, dengan kerajaan negeri berkata ini susulan pengesanan kontak di kilang-kilang.

Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, ujian saringan percuma besar-besaran diadakan di kawasan ‘hotspot’ sejak awal bulan ini bukan punca lonjakan kes, kerana hanya 1% hingga 2% yang diuji telah didapati positif.

Menurutnya, ujian besar-besaran itu amat berkesan dan dilaksanakan bersama jabatan kesihatan negeri.

“Sumber utama kes harian adalah dari kilang-kilang. Ketika di lokasi saringan besar-besaran, kami telah segera mengasingkan mereka yang sah positif Covid-19 untuk mengelak jangkitan lanjut.

“Kami berharap program vaksinasi dapat membaiki lagi keadaan ini,” katanya.

Setakat semalam, 16.2% 1.3 juta populasi Pulau Pinang yang disasarkan telah menerima vaksinasi, daripada 1.7 juta penduduk negeri itu. FMT

Langgar SOP punca Kedah capai 800 kes


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Cubaan cari jodoh di PPV gagal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker