Neelofa minta jangan kaitkan nama ibunya

Sebaran :

Konflik Ebit Lew dan Caprice, Neelofa minta jangan kaitkan ibu

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa meminta agar ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak dikaitkan dalam konflik yang melibatkan pendakwah, Ebit Lew dan aktivis, Caprice.

Neelofa meluahkan permintaan itu menerusi sesi live Ebit Lew yang berlangsung sebentar tadi.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” tulisnya.

Namun terdapat netizen yang kurang jelas dan berteka-teki kepada siapa sebenarnya permintaan itu ditujukan.

Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew tampil secara langsung di Instagram sekitar pukul 1 tengahari tadi bagi menjawab segala pertuduhan membabitkannya berhubung misi bantuan ke Gaza.

Terdahulu, sengketa Caprice dan Ebit Lew menjadi perhatian ramai apabila penyanyi rap tersebut membuat pelbagai tuduhan dan mendakwa pendakwah berkenaan memburukkan nama negara ketika sebulan di Gaza. Utusan

Neelofa minta jangan kaitkan nama ibunya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Politik durjana diwarisi PN dari PH – Shahrir


Sebaran :

Leave a Reply